Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bahau hari ini
atas tuduhan mencabul kakak iparnya di sebuah bilik di Felda Gugusan Palong pada hujung bulan lalu.
Tertuduh, yang berusia 24 tahun, membuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah
Terhadap mangsa berusia 26 tahun dengan tujuan untuk mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 6 petang di sebuah bilik di Felda Gugusan Palong pada 30 Oktober lalu.
Tertuduh menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, atau sebat, atau gabungan dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib, memohon agar satu sebutan semula diadakan bagi pelantikan peguam serta menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan berhubung atau berjumpa mangsa.
BACA: Jiran dari neraka, wanita warga emas berputih mata 28 ikan harga RM142000 mati diracun jiran