Seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Sesyen
Atas tuduhan dengan sengaja mencederakan rakan sekelasnya menggunakan seterika pada bulan lalu.
Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Egusra Ali.
Menurut pertuduhan, Amirul didakwa mencederakan Mohd Salman Saiful Surash, 20,
Di asrama UPNM pada pukul 11.45 malam, 22 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.
Hakim Egusra membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin kepada tertuduh.
Mahkamah menetapkan tarikh 27 Disember untuk pengurusan kes selanjutnya.
BACA: Pengundi islam dedah sebab undi Parti Hijau di Amerika