Walaupun SPRM kesan transaksi mencurigakan, ini sebab pengasas FashionValet masih tak ditangkap lagi

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Berkenaan siasatan terhadap kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)

Dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Mereka telah mengesan beberapa transaksi akaun yang mencurigakan.

Menurut laporan BH Online, transaksi mencurigakan ini dikesan dalam siasatan yang dijalankan sejak tahun 2018 hingga tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa siasatan setakat ini menunjukkan

Walaupun SPRM kesan transaksi mencurigakan, ini sebab pengasas FashionValet masih tak ditangkap lagi

terdapat transaksi akaun meragukan yang melibatkan sebuah syarikat (berkaitan dengan pasangan pengasas FashionValet) serta beberapa pihak lain yang disiasat.

“Kami telah mengenal pasti beberapa transaksi kewangan yang mencurigakan. Transaksi ini bermula dari tahun 2018 hingga 2023,” kata Azam.

Beliau juga memaklumkan bahawa SPRM telah merampas kira-kira 60 kotak yang mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah, dan PNB untuk membantu siasatan.

Bahagian forensik perakaunan SPRM kini sedang melakukan pemeriksaan terhadap semua dokumen tersebut.

“Kami sedang menyemak aliran punca kewangan serta tujuan penggunaan dana tersebut untuk melihat sama ada terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain seperti penipuan. Kami percaya ada sebahagian pelaburan yang disalahgunakan, dan hal ini sedang kami siasat,” tambahnya.

Azam turut menyatakan bahawa SPRM kini berada dalam peringkat mengesan barang-barang milik pasangan pengasas FashionValet yang pernah dipamerkan di media sosial sebelum ini.

“Mereka perlu memberi kerjasama dalam mengenal pasti barangan yang pernah ditunjukkan di media sosial,” jelasnya.

Apabila ditanya sama ada pasangan tersebut akan ditahan, Azam menjelaskan bahawa pihak SPRM tidak akan menahan mereka buat masa ini kerana mereka memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.

BACA: Yang ditunggu Vivy Yusof dan suami, sekali Jamal Abdillah yang sampai Hq SPRM