Selepas setahun pemergian arwah Suhaimi, Ina Naim kembali bergelar isteri

Oleh NADIA HARON

Penyanyi Ina Naim kembali bergelar isteri apabila selamat disatukan dengan lelaki pilihan hatinya,

Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, dengan sekali lafaz pada pukul 9.50 pagi, Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohammad Ramadhan Mahroji, dengan wakil wali bapa Ina, Naim Samijan.

Majlis pernikahan tersebut diadakan di kampung halaman Ina di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor.

Pengantin lelaki, yang juga seorang duda dengan dua anak dan bekerja sebagai jurutera,

Selepas setahun pemergian arwah Suhaimi, Ina Naim kembali bergelar isteri

menyerahkan mas kahwin sebanyak RM100, kelengkapan solat, seutas gelang emas, sebentuk cincin, serta lima dulang hantaran.

Wang hantaran pula berjumlah RM7,000.

Sementara itu, pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Majlis pernikahan berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan terdekat.

Persandingan pasangan ini diadakan sejurus selepas majlis akad nikah.

BACA: Ini latarbelakang kerabat diraja Pahang yang didakwa cederakan pekerja dengan pisau