Akhirnya terjawab punca jem melekat sampai 3 jam atas jambatan Pulau Pinang semalam

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Ribuan kenderaan termasuk motosikal yang bergerak menuju Jambatan Pulau Pinang terperangkap dalam kesesakan luar biasa pagi ini

Dipercayai berpunca daripada satu kemalangan jalan raya yang menghalang laluan.

Menerusi perkongsian di Facebook (FB), ramai pengguna jalan raya yang melalui jambatan tersebut sekitar jam 6 pagi

untuk ke tempat kerja atau urusan lain menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan mereka dengan lebih baik.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan dari Sungai Dua hingga ke jambatan, dianggarkan sepanjang 20 kilometer (km), sehingga menyebabkan kenderaan terhenti di atas jalan.

Akhirnya terjawab punca jem melekat sampai 3 jam atas jambatan Pulau Pinang semalam

Seorang guru, Mira Adila, 32, yang bekerja di sebuah sekolah di bahagian Pulau berkata, dia bertolak dari rumahnya di Tasek Gelugor pada jam 6.10 pagi seperti biasa.

“Namun, saya tiba di sekolah hampir jam 9 pagi kerana kemalangan itu menghalang laluan di jambatan.

“Kereta yang dipandu suami saya langsung tidak dapat bergerak ketika itu. Bayangkan, hampir tiga jam baru kami sampai ke sekolah,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, walaupun keadaan cuaca hari ini baik dan dia biasa menghadapi kesesakan setiap pagi, insiden kali ini adalah yang paling teruk.

Seorang pengguna media sosial, ‘Cik Nort’, pula memaklumkan bahawa dia terpaksa berpatah balik dan meletakkan keretanya di Terminal Penang Sentral sebelum mengambil feri ke tempat kerja.

“Akhirnya, terpaksa pusing masuk Butterworth dan naik feri untuk ke tempat kerja. Kereta saya parkir di sana. Tak sanggup lagi nak hadap kesesakan itu,” katanya.

Sebelum ini, PLUS Malaysia melalui aplikasi X telah menasihatkan pengguna jalan raya agar menggunakan laluan alternatif ekoran kemalangan teruk yang berlaku di Kilometer 7.7 Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau.

Kemalangan tersebut menyebabkan sebahagian lorong kiri terhalang dan mencetuskan kesesakan luar biasa.

BACA: Ini latarbelakang kerabat diraja Pahang yang didakwa cederakan pekerja dengan pisau