Wanita kongsi bahaya penggunaan ‘dryer’ yang ramai terlepas pandang

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Pada hari ini peralatan elektrik sangat banyak memudahkan kehidupan orang ramai.

Bagaimanapun jika peralatan elektrik diguna tanpa pengawasan

ia boleh mendatangkan malapetaka kepada pengguna tanpa petanda.

Seorang pengguna TikTok berkongsi kemalangan yang menimpa yang melibatkan salah satu peralatan elektrik di dalam rumahnya.

Menerusi video yang dimuat naik TikTok @efa.taifor, jiran-jirannya bertungkus-lumus

Wanita kongsi bahaya penggunaan ‘dryer’ yang ramai terlepas pandang

memberikan bantuan awal untuk memadamkan api yang berpunca daripada mesin pengering (dryer).

Mereka menggunakan hos air yang ada berdekatan dengan rumah yang terbakar itu.

Difahamkan respon pantas jiran-jiran TikTok @efa.taifor itu bagi mengelakkan kebakaran jadi lebih marak sementara menunggu pihak bomba tiba ke tempat kejadian.

“Kebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu. Kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jangan tinggal dryer terbuka tanpa pengawasan. Malang tidak berbau,” kata TikTok @efa.taifor.

Tiada kecederaan serius semasa ahli keluarga berada dalam rumah ketika insiden terjadi. Mangsa cuma mengalami melecur kecil dipercayai terkena percikan api dan telah diberikan rawatan awal daripada pihak bomba.

Hantaran video itu membuatkan ramai warganet yang memiliki dryer di rumah berasa gerun.

Pada masa sama warganet ada berkongsi beberapa tips penggunaan dryer, antaranya; tutup setiap kali selesai guna, gunakan direct plug dan tidak berkongsi dengan plug lain dan gunakan dryer ketika cuaca tidak panas.

Ada warganet mahu melihat keadaan rumah, bagaiamanpun TikTok @efa.taifor masih belum masuk ke dalam selepas insiden kebakaran terjadi.

“Insyaallah. Tapi saya pun masih trauma nak masuk ini. Rumah pun masih kuat bau hangit asap,” kata wanita itu.

BACA: Gara-gara tak beli insurans dengan cikgu, murid sekolah tak dilantik jadi pengawas