2 tahun bebas kanser, Elyana masih buat kemoterapi ini sebabnya

Oleh NADIA HARON

Meskipun sudah dua tahun disahkan bebas daripada penyakit kanser limfoma dihidapi selama 11 tahun,

Penyanyi dan pelakon, Elyana, 37, mengakui keadaan kesihatannya tetap tidak menentu.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, apabila seseorang pernah menghidapi penyakit kanser,

sukar untuk memaklumkan keadaan diri betul-betul sudah sihat tetapi Alhamdulillah, dia boleh bekerja.

“Keadaan kesihatan saya, tak tahulah nak cakap dah okay.

2 tahun bebas kanser, Elyana masih buat kemoterapi ini sebabnya

Sebab, bila kita dah dapat satu sakit macam kanser ini, kadang-kadang okay (kesihatan) kadang-kadang tak okay.

“Jadi, kalau nak cakap sepanjang masa okay pun, tidak juga. Tapi, setakat ini saya dah boleh ‘berdamai’ dengan keadaan saya. Bila datang sakit, saya dah tahu nak buat apa,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elyana ditemui hadir pada Majlis Sentuhan Kasih Madani anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di ibu kota, baru-baru ini.

Ditanya juga dirinya yang kini didakwa masih lagi menjalani rawatan kemoterapi, Elyana berkata, memang dia ada melakukan rawatan kemoterapi itu kerana saranan doktor.

“Buat masa sekarang, saya memang masih lagi melakukan rawatan kemoterapi di hospital untuk 12 pusingan sepatutnya berdasarkan apa yang disaran oleh doktor.

“Sebenarnya, selepas dua tahun lalu apabila doktor mengesahkan sakit kanser saya sudah tiada, memang ada rawatan (kemoterapi) kena dilakukan untuk mencegahnya (kanser) datang semula.

“Tapi ketika itu saya masih perlukan masa untuk bertenang dulu, jadi sekarang ini sudah bersedialah

. Cuma, saya baru buat empat pusingan (kemoterapi) dan selebihnya mengikut keputusan ujian kesihatan dibuat nanti,” katanya.

Mengulas karier nyanyiannya, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini berkata, dia masih lagi mendapat tawaran menyanyi, termasuk sudah merakamkan single baharu, Bungkam ciptaan Adi Priyo dan lirik ditulis Elyana sendiri.

BACA: Harga barang mentah turun tapi Persatuan kedai mamak di Johor berhasrat naikkan 5% harga makanan