Harga barang mentah turun tapi Persatuan kedai mamak di Johor berhasrat naikkan 5% harga makanan

Oleh GEMILANGDAILY

Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, menyatakan bahawa sekitar 300 pengusaha restoran mamak di negeri itu

Dijangka akan menaikkan harga makanan mulai tahun hadapan. Kenaikan harga ini dijangka bermula

Dengan lima peratus dan ia disebabkan oleh peningkatan kos operasi akibat kenaikan harga barang mentah yang berterusan.

Menurut Hussien, banyak pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor meluahkan kebimbangan mengenai kos operasi yang semakin meningkat

Dan pelaksanaan gaji minimum yang baru mulai tahun hadapan dijangka akan memburukkan lagi keadaan.

Harga barang mentah turun tapi Persatuan kedai mamak di Johor berhasrat naikkan 5% harga makanan

Selain itu, pengusaha juga diwajibkan untuk mencarum pekerja asing mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang akan menambah lagi beban kos operasi mereka.

Namun begitu, Hussien menjelaskan bahawa keputusan untuk menaikkan harga makanan ini belum lagi muktamad, kerana pihaknya masih menunggu keputusan daripada persatuan induk, iaitu Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Pada 18 Oktober lalu, kerajaan dilaporkan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan berbanding RM1,500 sebelum ini, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari tahun depan.

BACA: