Tahun 2024 berbaki lagi dua bulan iaitu November dan Disember.
Bagi sesiapa yang memasang hasrat untuk membeli rumah pada penghujung tahun ini, anda dinasihatkan supaya menunggu sebentar.
Malalui satu hantaran di laman TikTok, seorang ejen cukai berlesen dikenali sebagai Poovarni Rajagopal berkata,
adalah lebih menguntungkan jika kediaman dibeli apabila sudah memasuki Januari tahun 2025.
Menurut Poovarni, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, ramai terlepas pandang pelepasan cukai yang ditawarkan kerajaan untuk pemilikan rumah pertama.
“Dua bulan ke hadapan ni jangan beli rumah dulu, tunggu masuk tahun 2025. Ini kerana anda akan dapat menikmati pelepasan cukai sebanyak RM7,000 setahun untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 ke bawah.
“Manakala pelepasan cukai sebanyak RM5,000 untuk faedah atas pinjaman bagi rumah berharga antara RM500,000 dan RM750,000. Pelepasan cukai ini boleh dituntut selama tiga tahun.
“Namun, untuk melayakkan anda mendapat pelepasan cukai ini, anda harus menandatangani perjanjian jual beli (SNP) rumah antara tahun 2025 hingga 2027,” jelas Poovarni.
Justeru jangan terburu-buru untuk membeli kediaman pada tahun 2024 ini, ayuh rebut pelepasan cukai yang ditawarkan!
BACA: Lelaki berang anak diejek ‘anjing’, paksa pembuli berlakon jadi anjing sebelum minta maaf