Apabila kira mendengar kes ibu atau bapa diabaikan anak-anak, pastinya ada cerita disebalik itu yang tak dikongsikan.
Sebab itulah jangan pilih kasih dan sayang semua anak, anak kalau terasa memang akan diam tapi sampai bila-bila dia akan ingat apa yang ibu bapa buat.
Seorang wanita, Laila Atheerah berkongsi bagaimana suaminya sering dipinggirkan maknya
Hingga dia nekad untuk ke luar negara dalam luahan hati di confession IIUMC.
Nama aku Laila Atheerah, suami aku, N, kisah ini adalah tentang keluarga mentua yang ‘maksum’ tiada istilah salah pada diri mereka hanya orang lain.
Aku tengok N makin tak ceria tapi N memang tak pernah tunjuk kesedihan dia depan aku. Kali ni aku betul betul perasan yang N jadi pendiam sikit daripada sebelum.
Rupanya kontrak kerja N bakal tamat dan syarikat dia tak dapat nak sambungkan perkhidmatan N atas sebab tiada budget.
N dah kerja tiga tahun lebih, sama umur seperti pernikahan kami. Aku turut bersedih dan aku pujuk N. Aku minta dia cari kerja lain.
Masa ni aku belum tahu yang aku mengandung anak aku yang kedua. N menghabiskan sisa sisa kerja dia sambil dia mencari kerja lain. Aku sentiasa sokong N.
Walaupun waktu tu, keluarga N tak tahu apa-apa sebab N tak bagi aku beritahu. Mungkin dia tak mahu mak dia susah hati. Aku turutkan saja.
Aku tak berapa nak risau sebab aku ada pendapatan sendiri. Aku boleh bantu andai N belum mendapat pekerjaan dalam waktu terdekat.
Hutang kami cuma kereta, rumah dan bil bil rumah. Insya-Allah cukup. Dalam masa yang sama, aku dan N memang terlalu jarang ke rumah mak N. Kalau tidak, memang setiap minggu.
Aku sendiri jarakkan diri aku tapi aku tak pernah halang N untuk bertemu maknya. Tapi N seakan menjauhkan diri jugak daripada keluarga dia.
Ada lah satu hari, anak aku demam. Masa ni N dah tak bekerja tapi masih belum mendapat kerja. Dia buat part-time sikit.
Pagi tu aku terdengar lah perbualan N dan mak dia. N ingat aku masih tidur sebab lepas subuh, aku cakap aku nak tidur balik. Aku pening betul masa tu.
‘Ok mak, haaa mak, hmmmm..’, yang ni saja aku dengar dari mulut N. Entah apa yang dibualkan.
Aku bangun, aku cakap dekat N aku terlalu pening. N pun ambil panadol dan segelas air untuk aku. Aku pun sajalah tanya, ‘kenapa tadi?’..
N kata tak ada apa. Tapi N memang nampak sedih. Aku jadi tertanya tanya sebab aku isteri dia.
Selama tiga tahun lebih berkahwin, N bukan seorang yang tunjuk jika dia sedih. Ni mesti betul betul sedih sebab nampak pada air muka dia.
Tak lama lepas tu, aku ternampak kakak N muat naik status di Facebook. Mereka sekeluarga hantar mak N naik bas ke Selangor sebab anak abang N demam.
Anak kami demam, tak ada pun dia datang. Sedangkan N kata dia beritahu mak dia pagi tu.
Aku rasa itu yang buat N sedih. N ni memang sayangkan anak. Aku bertuah betul dapat N.
Sebelum tu pun, N terlibat dengan kemalangan, langsung mak N tak datang jenguk. Tapi abang N kemalangan (lebih kurang waktu yang sama) terus naik bas ke Selangor.
Aku pun rasa la sedih tu. Mak N punya pilih kasih tu masyaAllah, sangatlah jelas dan padu. Aku kira N makin nampak. Tapi demi Allah, aku tak pernah menghasut.
Walaupun aku lahir dalam keluarga yang berantakan, tapi aku pilih untuk berada di jalan yang benar. Sebab tu aku pilih untuk segerakan pernikahan kami untuk elakkan zina.
Aku rasa itu kali terakhir aku dengar N bercakap dengan mak dia. Aku tak bertanya lebih sebab aku tak mahu masuk campur.
Tapi aku perasan la, ada sahaja panggilan masuk, N tak angkat. Bukan sekali dua tapi banyak kali.
Ada juga aku tanya, N cuma kata malas nak angkat. Aku ni jenis yang tak check telefon orang ye. Jangan tanya kenapa aku tak check.
Pernah dibuli keluarga mentua
Kalau anda tertanya-tanya, aku tak pergi ke rumah mak N? Ya, memang aku tak pergi. Aku buat keputusan untuk aku stop dulu pergi sebab aku tak mahu aku dibuli.
Aku sakit hati, aku sedih bila tengok anak aku nak pergi dekat mak N, tapi tak dilayan atau acuh tak acuh layannya.
Sudahlah aku saksikan mak aku dan kami adik-beradik dibuli oleh mak abah aku. Aku fobia. Aku nak jaga kesihatan mental aku.
Walaupun ditentang mak aku, sebab mak aku kata, menantu kena jaga mentua seperti mak sendiri.
Aduh, aku menyesal juga cerita dekat mak aku. Tapi kena cerita jugalah sebab mak aku asyik tanya tak pergi ke rumah mak N. Aku balas balik dekat mak aku,
“Lela tak mau jadi macam mak. Mak jadi hamba mentua selama 22 tahun tapi apa mak dapat? Sakit sampai ke mati kan?”.
Mak aku terdiam weh! Kiranya, aku menang. Tapi macam aku cakap, aku tak pernah halang N nak pergi jumpa mak dia. Dia nak tinggalkan aku pun, aku terima.
Haa ini yang aku kata kemuncak tu. Aku rasa mak N la yang call N banyak kali tu tapi N tak angkat. Aku pun buka la Facebook aku petang tu.
Masa ni aku rasa dah aku mengandung sebab aku makan je muntah. Sebiji keadaan macam aku mengandung yang pertama dulu. Morning sickness aku terlalu teruk.
Tapi aku tak cek lagi. Aku terjaga suatu pagi tu. Aku ambil cuti sakit sebab tak boleh bangun.
Aku dengarlah N kata mak dia datang tadi. Aku tanya N kenapa tak kejut aku. N tak mahu ganggu aku.
Aku pun okay lah. Petangnya pulak, aku saja scroll Facebook. Nak tahu apa aku baca? Kakak N update status.
“Mak call tak angkat. Anak yang ego! Orang tu pulak, kita pergi rumah, tak keluar bilik! Tak ada adab!
“Buat mak orang macam tu! Suami atau isteri boleh dicari, mak tiada ganti”, lebih kurang begini ayatnya. Punya banyak tanda seru.
Masa ni aku dah rasa, status ni macam ditujukan pada N dan aku. Aku tunjuk dekat N. N terkejut jugak.
Aku tanya N, apa yang dia beritahu masa mak dan kakak dia datang waktu aku sedang tidur tu. N kata aku tak sihat saja.
Demi Allah aku terasa. Dada aku turun naik. Aku start marah N. Ya walaupun N tak salah, tapi aku tak boleh kawal waktu tu. Aku jerit jerit dekat N.
Aku memang marah betul dekat mak dan kakak N. Aku ambil telefon. Aku mesej kakak N. Aku cakap aku tak tahu pun mereka datang.
Aku cakap aku amat terasa dengan status tu. Ahli keluarga, pak cik, makcik N dan semua saudara lain baca dan komen.
Aku jadi malu. Marah aku sampai aku kurungkan diri aku. Aku rasa maruah aku tercalar. Aku difitnah tak ada adab dengan orang tua sebab aku tak keluar bilik. Gila!
Kakak N minta maaf. Tapi aku tak boleh terima senang senang begitu saja. Aku minta dia jernihkan balik nama aku tapi tak ada pulak status baru untuk itu dan status yang dia fitnah aku tu dia tak padam juga. Fuh, menyirap weh.
Aku tengok jugak lah biras aku komen “I feel the same” merujuk kepada perasaan mak N yang sedih ketika itu.
Ceh, mentang mentua kau di pihak yang diraikan, kau pun sama ja. Tanpa selidik, kau terus percaya.
Walaupun teruk perasaan aku waktu tu, aku tak rasa nak balas balik dengan muat naik status bodoh kat Facebook. Aku tahu Allah dengar permintaan orang yang dianiayai.
Aku mohon pada Allah, kembalikan semula pada dia apa yang telah dia sakitkan aku dan termasuk juga orang orang yang percayai status bdoh tersebut.
Dia pun ada anak. Macam mana air mata aku mengalir deras, begitu juga dia nanti. ALLAH MAHA BESAR.
‘MAK ORANG’ katanya. Maknanya selama aku jadi isteri N, mereka tidak menganggap aku sebagai ahli keluarga pun kan? Haa lantak lah mak orang tu bersama labu-labunya.
Lepas tu, aku sekat ahli keluarga N dekat media sosial, WhatsApp, call. Biras aku pun aku sekat . Tapi aku tak sekat pak cik, mak cik N dan saudara mara yang lain.
Sebab aku akan pastikan dan aku berazam, aku akan tunjuk kejayaan aku dan betapa beradapnya aku dengan orang tua.
Di WhatsApp group keluarga N pun walaupun aku dah kahwin dengan N tiga tahun lebih, tapi aku tak pernah sekali dimasukkan.
Dahsyatkan kakak N ni? Sebab dia admin group tersebut. Anak dia yang baru je ada telefon, tak menyempat eh terus dia masukkan.
Biras aku mestilah ada dalam tu, kesayangan katanya. Jangan risau, aku pujuk diri aku. Lantak lah.
Lepas peristiwa hitam tu, mak N ada datang melawat, aku buat macam biasa saja. Mak N ni ada ucapkan maaf tapi dia katakan pada N dan suruh N beritahu aku.
Mungkin dia rasa dia tua, dia tak layak nak ucap maaf pada aku. Ceh. N pun beritahu aku dan aku pekakkan telinga.
Aku tak bagi respond apa pun pada N. Kakak dia? Takut nak jumpa aku mula-mula tu. Ya, dah fitnah orang. Datang rumah aku tapi tak masuk, mak N ja yang masuk.
Pantang anak kedua ni memang aku dengan N saja. Aku tak bagi sesiapa pun masuk campur.
N akur dan keluarga N memang aku abaikan terus. Aku dah tak ada masa nak layan keluarga MAKSUM.
Ya, aku panggil macam tu sebab mereka tiada dosa. Orang lain saja yang salah, ahli keluarga mereka bebas dosa.
Aku berhenti juga bagi apa-apa pada mak N. Stop terus lah senang cerita. Nak buat apa ingat pada mak orang kan.
Aku fikir tentang aku dan anak-anak saja. Nasiblah aku bekerjaya, kalaulah aku tak kerja, anda rasa apa yang akan jadi pada aku?
Aku fast forward lagi. Beberapa tahun lepas tu, anak anak aku pun dah besar sikit. N pun dah bekerja semula.
Aku masih aku yang lama. Aku tak menghadap langsung keluarga N. Aku pun senyap tak membalas apa. Aku yakin Allah ada.
Ada lah, makcik N ni macam pandang serong dekat kami, tapi ahhh, lantak kau! Aku buat macam biasa.
N ada lah setahun tu tiga ke empat kali dia pergi jumpa mak dia. Tu pun aku yang suruh tau tak.
Aku rasa N tak pergi rumah keluarga dia pun, mesti keluarga dia ingat aku yang tak izinkan. Aku rasa je laa..haha. Tiada yang mustahil dengan keluarga MAKSUM. Semua salah orang.
Suatu hari aku tengok kawan aku update dia berada di Australia. Dia pergi sana kutip buah. Aku rapat juga dengan kawan aku ni. Aku jadi excited nak berhijrah.
Aku dah bosan sangat nak hadap perangai manusia yang entah apa apa. Aku nyatakan keinginan aku pada N. N pun sama. Tapi dia tak bagi aku berhenti kerja aku dan jadi kuli di sana.
Mula mula memang seronok kan? Lama lama dah bosan nanti baru menyesal. Jadi, aku pun cari jalan nak merantau jalan jalan tengok dunia luar.
Lupa pulak aku dah ada master. So, aku bercadang nak sambung PhD dekat luar negara. Aku mulakan langkah dengan mencari biasiswa.
Aku tengok requirement semua lulus. Aku dapat pointer 3.8 masa degree dan 4 flat masa master. Ok, cun semua. Umur pun tak lebih 35 tahun lagi. Alhamdulillah aku dapat biasiswa.
Kemudian, aku apply cuti tanpa gaji pula. Aku cuba je dulu. Tapi tak sangka dapat. Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Sebelum terbang, aku berkumpul kami adik-beradik dengan mak aku. Aku mohon ampun dan maaf daripada semua termasuk abang aku.
Alhamdulillah aku dah berada di tahun terakhir PhD aku di United Kingdom. Dah empat tahun juga aku di bumi UK.
Kini 14 tahun dah berlalu, aku masih dengan N dan N masih N. Baik, penyayang, rajin. Aku setiap hari ucapkan syukur pada Allah sebab Allah kurniakan suami yang baik untuk aku.
Walaupun aku tak berpeluang untuk rasa adanya abah, aku yakin Allah sangat adil. Di media sosial aku selalu muat naik tempat yang kami pergi.
Aku dah jalan kat banyak negara Eropahsebelum pandemik haritu. Aku berangkat November 2017.
Dekat dua tahun jugaah aku boleh berjalan-jalan sebelum United Kingdom lockdown. Bahagia dan seronok tu Allah saja yang tahu.
Aku tunjukkan saja semua perkara indah di media social. Mak ayah saudara N dan adik beradik lain pun like gambar gambar aku.
Haa kan aku kata, aku akan tunjuk kejayaan, bukan kebdohan. Keluarga N? Aku tak ambil tahu langsung.
Mesti lah N ada contact mak dia. Tapi aku memang tak ambil peduli. Aku tak izinkan lagi diri aku dibuli.
Aku acap kali katakan pada N, kalau N dah tak mahu aku, aku terima. N layak untuk cari pasangan yang lebih baik daripada aku.
N macam biasa, dia buat buat tak dengar atau dia tarik tangan aku dan cium aku bertubi-tubi. Allah, baik kan N? Moga sampai bila bila.
Aku sekarang lebih pentingkan kesihatan mental aku. Aku tenang di bumi penjajah ini. Bukan aku nak larikan diri. Entahlah, anda kena rasa sendiri.
Tapi siapa yang nak rasa kisah aku ni? Aku pasti, kalau anda masuk sikit pun dalam kasut aku, pasti tergesa-gesa keluar sebab dah tak tahan.
Baca juga: Nana Mohd dedah pernah kena raba dengan lelaki yang dikenali