Pempengaruh media sosial, Andika Putera, berkongsi pengalaman berharga sebagai
anak murid kepada Tuan Guru Syeikh Muhammad Zainul Asri sepanjang empat tahun pengajiannya.
Melalui hantaran di TikTok, Andika menceritakan pesanan mendalam yang diterimanya daripada penasihat utama
Madrasah Darul Hadis, yang memberi kesan besar dalam hidupnya.
Andika berkongsi satu petikan kata-kata yang diterima, “Ujian yang Dika hadapi ini berat, kerana Allah sayang Dika.
Itu yang Dika minta, sedikit-sedikit nak jadi Ahli Allah. Ujian ini kita anggap macam anjing je, Dika.
Kalau anjing menyalak dan nak menyerang kita, ada Dika nak melawan balik? Lebih baik kita cari tuan kepada anjing itu, bercakap dengan tuannya supaya selesai dengan cara baik.”
Pesan itu memberi peringatan kepada Andika untuk tidak melawan ujian hidup, tetapi sebaliknya untuk mencari Allah sebagai “tuan” yang sebenar. “Yang penting Dika cari tuan Dika. Siapa? Allah, itu yang Dika kena cari. InshaAllah, semuanya akan settle baik-baik.”
Pempengaruh berusia 27 tahun itu juga mengajak orang ramai untuk mencari guru yang dapat membimbing mereka ke jalan yang benar.
“Untuk kaya, untuk kurus, semuanya dengan izin Allah. Tetapi ramai yang tidak mencari guru murshid yang dapat membimbing jiwa dan semangat kita,” kata Andika,
mendorong agar kita bersama-sama mencari guru yang boleh membimbing rohani ke jalan Allah
BACA: ‘3 juta saja? itu saja? wasting my time oo’ Tular video ADUN Sabah mengeluh rasuah 3 juta tak cukup?
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio