Jika amal tabiat ini ketika guna basuh baju, mesin basuh baru beli pun jahanam

Oleh ISMAIL YAHYA

Mesin basuh merupakan antara perkakasan elektrik pertama yang sering dibeli untuk melengkapkan kemudahan di rumah

. Dengan adanya mesin basuh, tugasan mencuci pakaian harian, cadar, dan lain-lain menjadi lebih mudah.

Seiring dengan perkembangan teknologi, mesin basuh kini dilengkapi dengan pelbagai ciri moden dan sensor canggih

yang meningkatkan kecekapan penggunaannya.

Walau bagaimanapun, seperti peralatan elektrik lain, penggunaan yang betul dan penjagaan rapi diperlukan untuk memastikan jangka hayatnya panjang.

Jika amal tabiat ini ketika guna basuh baju, mesin basuh baru beli pun jahanam

Tanpa disedari, terdapat beberapa amalan yang boleh memendekkan jangka hayat mesin basuh. Salah satu amalan tersebut ialah merendam pakaian semalaman di dalam mesin basuh.

Meskipun kelihatan biasa, tabiat ini sebenarnya harus dielakkan kerana ia boleh menjejaskan prestasi mesin basuh.

Menurut perkongsian tersebut, merendam pakaian dalam mesin basuh dengan air untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan komponen skru berkarat. Jika dibiarkan, skru pada tapak mesin basuh boleh menjadi longgar dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Ini menyebabkan drum mesin basuh menjadi tidak stabil dan mudah bergoyang.

Masalah akan menjadi lebih serius jika pengguna kerap menyumbat mesin basuh dengan pakaian yang banyak. Skru yang telah berkarat boleh patah, mengakibatkan drum bergoyang lebih kuat, terutamanya semasa putaran mencuci.

Jika kerosakan ini tidak dibaiki, ia boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk, termasuk pecahnya komponen balancing akibat getaran yang berlebihan.

Dalam video berdurasi 03:28 minit, @hairulvcool menunjukkan contoh keadaan drum mesin basuh yang mengalami kerosakan disebabkan karat.

“Jika ini berlaku, adalah lebih baik membeli mesin basuh baru kerana kos pembaikan tidak berbaloi. Bukan tidak boleh dibaiki, tetapi kosnya tinggi,” jelas @hairulvcool.

BACA: Sidang dewan New Zealand digantung selepas wakil rakyat buat tarian Haka, rupanya ini yang terjadi