Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang melibatkan
kenderaan awam dengan kenderaan polis yang dipercayai sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di Kilometer 259 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) pada Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri,
Beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden tersebut.
“Untuk makluman, insiden kemalangan yang ditularkan berlaku ketika anggota PDRM sedang menjalankan tugas mengiringi orang kenamaan di Lebuhraya Utara-Selatan.
“Hasil siasatan awal menunjukkan kemalangan itu berlaku pada 16 November di KM 259 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, melibatkan dua kenderaan seperti yang dilaporkan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut Mohd Yusri, siasatan kes ini masih dijalankan oleh JSPT untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Semasa anda memandu menuju destinasi, anda mungkin ternampak beberapa kenderaan yang diiringi pihak berkuasa menghampiri dari belakang.
Malangnya, jika salah satu kenderaan dalam konvoi tersebut melanggar kereta anda, apa yang patut dilakukan? Bolehkah anda membuat tuntutan untuk membaiki kerosakan tersebut?
Kepada siapa tuntutan tersebut perlu dibuat? Teruskan membaca untuk memahami lebih lanjut.
Tuntutan Insurans – Kemalangan dengan Kenderaan Konvoi
Untuk pengetahuan anda, memang anda boleh membuat tuntutan jika terlibat dalam kemalangan dengan kenderaan konvoi. Namun, soalan yang timbul ialah kepada siapa tuntutan itu perlu dibuat dan siapa yang bertanggungjawab membayar insurans kerosakan tersebut?
Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), tuntutan perlu difailkan terhadap pemilik kenderaan persendirian yang diiringi oleh pihak berkuasa. Dalam situasi seperti ini, kenderaan milik kerajaan tidak bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.
“Secara umumnya, perkara ini bergantung pada perbincangan antara pemilik kenderaan dan pemandu kenderaan polis yang terlibat.
“Namun, pemilik kenderaan masih boleh membuat tuntutan terhadap kenderaan persendirian yang diiringi oleh pihak berkuasa, bergantung pada siapa yang bersalah dalam kemalangan tersebut,” kata PIAM.
PIAM juga menegaskan bahawa jika berlaku kemalangan dengan kenderaan kerajaan semasa kecemasan, tuntutan biasanya difailkan terhadap insurans kenderaan persendirian.
Ini kerana kenderaan kerajaan yang sedang bertugas dalam situasi kecemasan akan menyalakan siren sebagai isyarat kepada pengguna jalan raya lain untuk memberikan laluan.
BACA: Baru tahu rupanya tak boleh pegang Al-Quran guna alas tanpa wuduk, pakar jelaskan sebabnya