Yang sakit kaki kanan, yang kena potong kaki kiri, hospital tersalah potong kaki pesakit

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya

selepas dia tersedar daripada pembedahan, lapor laman berita Daily Star semalam.

Jason Kennedy, 48, telah pergi ke Hospital Grace di Manitoba untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan

Bagi membuang kaki kanannya akibat jangkitan tulang yang teruk.

Keputusan untuk memotong kaki itu dibuat pada 28 Oktober lalu, dan prosedur pembedahan dijadualkan pada 31 Oktober.

Yang sakit kaki kanan, yang kena potong kaki kiri, hospital tersalah potong kaki pesakit

“Saya tertanya-tanya sama ada ini mimpi buruk. Kesakitan masih terasa pada kaki (kanan) saya,” katanya.

Pasukan perubatan dilaporkan telah bertemu secara peribadi dengan pesakit tersebut untuk memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.

BACA: Luna Maya lakukan babak intim dalam ‘Main Api’, semua di set penggambaran macam tak percaya