Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi, bakal berdepan saman sebanyak RM1 bilion
oleh DSAT Group susulan kenyataan yang dibuatnya pada 7 November lalu.
Sanusi sebelum ini mengeluarkan kenyataan berhubung pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC,
Dengan menyatakan bahawa syarikat yang berminat untuk menguruskan kelab tersebut perlu memiliki kemampuan yang mencukupi.
“Syarikat perlu ada kemampuan jika ingin mengambil alih KDA FC. Kalau ada kemampuan, silakan.
Kita berharap dan berdoa agar mereka benar-benar mampu, janganlah ‘scam’. Belum apa-apa lagi sudah buat kenyataan macam-macam. Macam scammer, itu tidak bagus.
“Mereka tidak ada kaitan dengan kita (kerajaan negeri), tidak berurusan dengan kita, dan tidak memerlukan kebenaran saya atau Exco Sukan. Mereka perlu berjumpa peguam KDA,” kata Sanusi.
Kenyataan tersebut menarik perhatian DSAT Group, yang kemudian memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi.
“DSAT Group membuat keputusan untuk menyaman MB Kedah sebanyak RM1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. Jumpa di mahkamah,” demikian kenyataan pihak syarikat itu.
BACA:Yang sakit kaki kanan, yang kena potong kaki kiri, hospital tersalah potong kaki pesakit