Nenek luah hasrat heret pemandu mabuk ke mahkamah, harap duit kemenangan membantu besarkan cucu

Oleh NADIA HARON

Seorang nenek berhasrat untuk menyaman pemandu mabuk yang menyebabkan

lima orang cucunya menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.

Pasangan suami isteri, Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37, dan Linda Mohd A Aziz, 35,

Dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh oleh pemandu kereta yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Nenek tersebut, Ramlah Kasiran, 56, ibu kepada Mohd Ridzwan, menyatakan bahawa tindakan undang-undang terhadap pemandu

Nenek luah hasrat heret pemandu mabuk ke mahkamah, harap duit kemenangan membantu besarkan cucu

Dia yang menyebabkan kemalangan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memberi pengajaran, tetapi juga untuk membela nasib lima cucunya yang kini kehilangan orang tua.

“Saya reda dengan ketetapan dan ketentuan Allah SWT, tetapi tindakan undang-undang terhadap pelaku mesti dikenakan. Banyak kes pemandu mabuk hanya dikenakan denda yang tidak setimpal dengan penderitaan keluarga, terutama anak-anak yang ditinggalkan tanpa apa-apa,” ujar Ramlah.

Ramlah juga berkata, sekiranya kemenangan berpihak kepadanya, wang yang diterima boleh digunakan untuk menyara kelima-lima cucunya yang masih kecil. Dia menambah, anak-anaknya yang lain hanya mampu membantu sedikit kerana mereka juga mempunyai tanggungan masing-masing.

“Anak dan menantu saya meninggalkan lima anak yang masih muda. Saya berdoa semoga Allah SWT memberi panjang umur kepada saya dan suami supaya kami dapat membesarkan cucu-cucu ini dan memastikan mereka berdikari. Saya tidak bekerja, hanya suami saya yang bekerja sebagai pemandu forklift di pasar raya,” jelasnya lagi.

Ramlah juga meluahkan rasa terima kasih kerana ramai yang datang menziarahi keluarganya dan memberi sumbangan, termasuk individu, badan bukan kerajaan, syarikat, dan pihak sekolah cucunya.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengunjungi keluarga Ramlah untuk memberi bantuan serta membawa borang bantuan untuk cucu-cucunya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa pasangan suami isteri tersebut meninggal dunia selepas dilanggar oleh seorang pemandu dipercayai mabuk dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang. Pasangan itu meninggalkan lima anak yang kini terpaksa meneruskan hidup tanpa kedua-dua ibu bapa mereka.

BACA: Sharif dedah sisi gelap Atu Zero ‘Dia Salah Pilih Kawan’ hampir terjerumus dengan dadah?