Bukan agama islam tapi guna nama islam ketika berniaga demi keuntungan, saman RM 1 juta menanti anda

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Peniaga bukan Islam kini menjadi perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

selepas diberi amaran keras mengenai penyalahgunaan simbol Islam untuk memanipulasi pengguna Muslim, lapor Malay Mail.

Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen semalam, kementerian tersebut menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil

Terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah menggunakan simbol Islam seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, atau ayat-ayat suci Al-Quran untuk menipu pengguna Muslim.

Menurut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011, peniaga yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Bukan agama islam tapi guna nama islam ketika berniaga demi keuntungan, saman RM 1 juta menanti anda

KPDN juga menekankan bahawa penggunaan istilah “halal” tanpa sijil halal yang sah adalah kesalahan serius, yang turut melibatkan peniaga Muslim.

Semua perniagaan diwajibkan untuk mendapatkan sijil halal sebelum menggunakan istilah, simbol, atau apa-apa bentuk pemasaran yang menggambarkan produk mereka sebagai halal.

Jika didapati melanggar undang-undang ini, peniaga boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011.

Kementerian turut menjelaskan bahawa menggantung ayat suci Al-Quran atau menggunakan visual seperti Kaabah dan masjid untuk menarik perhatian pembeli Muslim tanpa memenuhi syarat halal yang sebenar adalah satu bentuk penipuan.

Isu ini mendapat perhatian selepas soalan diajukan oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, yang ingin mengetahui langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah ini.

Tindakan tersebut mendapat perhatian meluas di media sosial, dengan netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga yang menggunakan agama sebagai alat pemasaran.

“Ini bukan sekadar penipuan, tetapi penghinaan terhadap sensitiviti umat Islam,” kata seorang pengguna Twitter.

BACA: Sharif dedah sisi gelap Atu Zero ‘Dia Salah Pilih Kawan’ hampir terjerumus dengan dadah?