Dalam beberapa hari kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai sekumpulan individu yang dikatakan melakukan amalan khurafat di Gunung Jerai.
Mereka dilaporkan telah mandi dan berwuduk di sebuah telaga sebelum mendaki gunung tersebut untuk menziarahi makam seorang sheikh.
Melalui sebuah ciapan di Twitter, ada seorang individu menyatakan bahawa kumpulan yang melakukan amalan ini dikenali sebagai “geng capal”.
Berdasarkan isu ini, ramai yang mengaitkan ia dengan perdebatan lama netizen mengenai logo capal
Ada yang dikatakan mempunyai unsur taksub terhadap satu aliran dalam Mazhab Hanafi. Adakah ini benar?
Logo Capal dan Kaitannya dengan Aliran Barelvi
Apabila melihat tajuk ini, mungkin ada yang tertanya-tanya, “Apa itu aliran Barelvi?” Jangan risau, kami akan menjelaskan secara ringkas untuk memudahkan pemahaman.
Apakah itu Aliran Barelvi?
Sebuah cabang ajaran Islam yang berpegang kepada Mazhab Hanafi dan Sufi, berasal dari Utara India semasa era penjajahan British.
Siapakah Pengasas Aliran Barelvi?
Diasaskan oleh Ahmad Reza Khan Taqiy ‘Ali Khan, yang juga menggelar dirinya sebagai Abd. Al-Mustafa.
Apakah Prinsip-Prinsip yang Diamalkan oleh Aliran Barelvi?
1. Mereka menyanjung Rasulullah S.A.W dengan sangat tinggi.
2. Menganggap Rasulullah S.A.W diperbuat daripada cahaya.
3. Mempercayai baginda mengetahui semua perkara ghaib.
4. Menganggap baginda mempunyai kuasa mutlak.
5. Pengasasnya juga dikatakan sesat kerana menganggap baginda sebagai raja bumi dan penguasa umat manusia.
Bagaimana Logo Capal Berkait dengan Aliran Ini?
Aliran ini menggunakan simbol capal Rasulullah S.A.W sebagai tanda penghormatan. Pengikutnya sering memakai logo capal pada kepala sebagai satu bentuk pemuliaan.
Kenyataan Pengasas Aliran Barelvi Mengenai Logo Capal: “Orang yang meletakkan di atas kepala capal Rasulullah S.A.W akan mendapat kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W. Jika demikian, bolehlah dikatakan kita adalah raja yang dimahkotakan dengan kehormatan.” – Ahmad Reza Khan Taqiy ‘Ali Khan, dipetik dari Parti Amanah Malaysia.
Pandangan Ulama’ dan Mufti Mengenai Logo Capal
Ustaz Azhar Idrus
Menurut Ustaz Azhar Idrus, memakai simbol capal dibolehkan sebagai tanda ingatan kepada Rasulullah S.A.W, namun ia tidak seharusnya berlebihan.
Beliau menegaskan bahawa untuk mengingati baginda, amalan seperti berselawat dan mengikuti sunnah lebih utama daripada sekadar memakai lambang capal.
Dr. Maza (Mufti Perlis)
Dr. Maza pula berpendapat bahawa kita tidak boleh melampaui batas dengan lambang capal tersebut.
Beliau memberi contoh, jika Rasulullah S.A.W menggunakan unta, tidak bermakna kita perlu membuat patung unta untuk mendapatkan keberkatan.
Fokus utama adalah pada ajaran dan sunnah baginda, bukan objek atau simbol yang dikaitkan dengannya.
BACA: Bukan agama islam tapi guna nama islam ketika berniaga demi keuntungan, saman RM 1 juta menanti anda