Sambal sotong kalau kena dengan nasi panas-panas, ini resepinya confirm sotong tak liat

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Antara cabaran utama ketika memasak sotong ialah ia sering menjadi kecut dan liat.

Hal ini boleh merosakkan selera, lebih-lebih lagi jika anda memasak sotong masak sambal.

Untuk mendapatkan hidangan yang memuaskan, sotong perlu kekal gebu dan lembut.

Jika tidak, ia mungkin membuatkan anda hilang selera makan.

Cara Elak Sotong Kecut dan Liat

Sambal sotong kalau kena dengan nasi panas-panas, ini resepinya confirm sotong tak liat

Puan Nor Farah Atika berkongsi petua daripada ibunya untuk memastikan sotong kekal lembut dan tidak kecut ketika dimasak, terutama untuk hidangan sambal sotong:

1. Matikan Air Sotong

Sebelum mula memasak sambal, keluarkan air sotong terlebih dahulu untuk elakkan ia menjadi liat dan kecut.

2. Gunakan Api Besar Tanpa Minyak

Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa minyak dengan api besar sehingga sotong mengeluarkan airnya sendiri.

3. Jangan Biarkan Terlalu Lama

Sebaik sahaja air sotong mula kelihatan, angkat sotong dan tapis airnya. Jangan tunggu sehingga air kering bagi mengelakkan sotong terlebih masak.

4. Simpan Air Sotong

Air sotong yang telah ditapis jangan dibuang. Ia boleh digunakan semasa memasak sambal untuk menambah rasa.

Bahan-Bahan dan Cara Penyediaan Sambal Sotong

Bahan-Bahan:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar (tambah untuk lebih pedas)
Air sotong
Sedikit asam jawa
Nisan atau gula Melaka
Garam dan serbuk perasa
Bawang Holland (pilihan)

Cara Memasak Sambal Sotong:

1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Jika mahukan kuah lebih pekat, tambahkan bawang besar.
2. Tumis bahan kisar dalam minyak panas sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Tambahkan air sotong, asam jawa, dan nisan/gula Melaka untuk mendapatkan rasa dan tekstur kuah yang cantik.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.
6. Setelah rasa sambal seimbang, masukkan sotong dan bawang Holland.

Tips Penting:

– Setelah sotong dimasukkan, besarkan api dan kacau sebentar.

– Tutup api selepas satu minit untuk memastikan sotong tidak kecut dan liat.

Dengan petua ini, sambal sotong anda akan kekal gebu dan sedap dimakan bersama nasi panas. Selamat mencuba dan nikmati hidangan dengan penuh selera!

BACA: Shuib persenda bekas pekerja isu Perkeso ketika di pentas Muzikal Lawak? Netizen sindir ‘dahlah tak bayar caruman’