Pelakon Emma Maembong menegaskan tidak akan mendedahkan punca penceraiannya dengan bekas suami,
Muhammad Shazli Azhar, yang diumumkan pada Oktober lalu.
Privasi Jadi Keutamaan
Ketika ditemui oleh OhBulan!, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, turut menolak untuk mengulas lanjut
Mengenai spekulasi kononnya perceraian mereka disebabkan kehadiran orang ketiga. Baginya, hubungan dengan bekas suami masih dalam keadaan baik.
“Kalau bab kisah peribadi, memang saya takkan cerita apa-apa dan takkan kongsikan kepada umum.
Pada awalnya kami memang tak berniat untuk umumkan pun. Malah, keluarga sendiri tidak tahu. T
api, untuk elak fitnah, kami akhirnya ambil keputusan untuk umumkan juga. Tentang dakwaan orang ketiga, itu langsung tidak benar.”
Emma berkata demikian selepas majlis tayangan gala filem seram Jangan Pandang Belakang 2 di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selasa lalu.
Fokus Besarkan Anak-Anak
Menyentuh tentang kehidupannya selepas berpisah, pelakon Kimchi Untuk Awak itu menyatakan dia berada dalam keadaan baik dan kini fokus sepenuhnya pada dua anak lelakinya, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
“Alhamdulillah, kehidupan saya okey setakat ini. Tiada perbezaan ketara. Anak-anak juga tiada masalah dan hubungan saya dengan bekas suami baik, tiada konflik. Kami berpisah secara baik, tanpa pergaduhan, dan saling menerima.”
Emma turut menjelaskan bahawa mereka memilih untuk menjaga anak-anak bersama tanpa membuat sebarang tuntutan hak penjagaan.
“Perceraian ini bukanlah penamat hubungan. Tidak semestinya bila kita bercerai, kita perlu saling membenci atau memutuskan hubungan seperti ‘block’. Paling penting, jangan seksa anak-anak. Saya rasa tindakan bergaduh dengan bekas pasangan hanya merugikan dan tidak perlu.”
Menurut Emma, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraan mental dan emosi anak-anak mereka tidak terjejas.
Sejarah Perkahwinan
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Namun, perpisahan itu hanya diumumkan pada Oktober lalu tanpa perincian tarikh sebenar penceraian.
BACA: Sambal sotong kalau kena dengan nasi panas-panas, ini resepinya confirm sotong tak liat