Tidak dapat dinafikan bahawa selebriti memiliki pengaruh yang besar, dan tindakan mereka sering kali menjadi ikutan peminat.
Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa, menjadi perhatian ramai
apabila dia memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan dia mempromosikan jenama mewah Christian Dior.
Jenama tersebut diketahui sebagai salah satu jenama mewah yang diboikot akibat sokongannya terhadap rejim Israel,
Ada yang telah lebih setahun menyerang negara Palestin.
Neelofa, yang sebelum ini sering menunjukkan solidariti terhadap Palestin, menimbulkan kemarahan netizen apabila memuat naik gambar promosi jenama tersebut di akaun Instagramnya.
Pada masa artikel ini ditulis, ruang komen di hantaran itu telah pun dihadkan. Walau bagaimanapun, ramai netizen di platform aplikasi X tetap mengecam tindakan bekas pengacara Meletop itu.
Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi bahawa model antarabangsa, Bella Hadid, pernah mengikuti Neelofa di Instagram ketika Neelofa menghadiri International Fashion Week dahulu, namun kini sudah tidak lagi.
BACA: