Bank Islam aplikasi perbankan internet baharu, netizen sindir ‘kalau slow tak nak install’

Oleh ISMAIL YAHYA

Bank Islam hari ini melancarkan aplikasi dan laman web perbankan yang serba baharu

Dengan menggunakan penjenamaan BIMB, menurut laporan Astro Awani.

Pengguna Bank Islam kini boleh memuat turun aplikasi BIMB di peranti iPhone dan Android,

serta mengakses perkhidmatan perbankan mereka melalui laman web BIMB.com.

Aplikasi ini boleh dimuat turun untuk iPhone, Android, dan juga peranti Huawei. Ia hadir dengan antaramuka yang lebih kemas dan moden,

Bank Islam aplikasi perbankan internet baharu, netizen sindir 'kalau slow tak nak install'

yang memudahkan pengguna untuk menguruskan akaun, simpanan, kad, dan pinjaman melalui aplikasi yang sama.

Menurut Bank Islam, aplikasi ini merupakan versi terkini bagi aplikasi Go yang terdahulu, dengan antaramuka yang lebih moden, sekuriti yang lebih baik, dan turut menyediakan sokongan untuk pembukaan akaun serta pembayaran zakat.

Ciri DuitNow juga disertakan untuk memudahkan transaksi pembayaran melalui aplikasi BIMB.

Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 atau versi lebih baru, atau Android 10 atau lebih terkini.

Bagi pengguna Bank Islam atau mereka yang ingin membuka akaun baharu, anda boleh memuat turun aplikasi BIMB Mobile hari ini di Android, Huawei, atau iPhone, atau mengaksesnya melalui laman web BIMB.com.

BACA: Ini sisi gelap tentang PETRONAS Malaysian Cub Prix – Ramai yang tak tahu kisah disebaliknya