Baru sahaja disahkan bercerai talak satu dengan pelakon Fattah Amin, Nur Fazura telah menerima lamaran daripada seorang lelaki.
Situasi itu berlaku ketika sesi siaran langsung (live) yang diadakan oleh Fazura semalam, di mana anaknya, Nur Fatima Aisya, turut kelihatan.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah pertanyaan seorang lelaki yang meluahkan hasrat untuk melamar Fazura secara terbuka di sesi tersebut.
Namun, jawapan Fazura berjaya membuat ramai memahami keadaan dirinya ketika ini.
“Allahu, iddah tak habis lagi, nak kahwin macam mana…” ujarnya ringkas.
Selain itu, Fazura turut menjawab soalan tentang perkembangan kes samannya.
Beliau mendedahkan bahawa proses saman itu sedang berjalan dan menyatakan ada beberapa individu yang bakal berdepan tindakan undang-undang.
“Ramai sebenarnya, dan kita dah kenal pasti. Ada yang keterlaluan sangat. Itu semua kita serahkan kepada polis dan Allah,” katanya.
Sebulan yang lalu, Fazura dan Fattah Amin disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah
BACA: Bank Islam aplikasi perbankan internet baharu, netizen sindir ‘kalau slow tak nak install’