Penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menolak dakwaan rumah tangganya dengan suami,
Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bergolak dan berdepan masalah.
Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi, 38, berkata, hubungannya dengan suami berada dalam keadaan baik
Dan masih menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
“Saya terkejut apabila mengetahui tentang hal ini. Persoalan pertama adalah dari mana datangnya dakwaan ini.
“Kedua individu yang menyebarkan berita ini, dia dengar dari mana dan siapa orang itu kerana sebelum saya menjawab persoalan sebegini, saya perlu tahu puncanya.
“Macam mana saya nak jawab perkara sebegini kerana mungkin direka atau apa tujuannya. Tetapi, apa yang boleh saya katakan dia (suami) ada bersama dengan saya untuk program hari ini,” katanya ketika ditemui.
Menurut Heliza, dia bagaimanapun sedar mungkin kurang memuat naik foto bersama di Instagram membuatkan spekulasi itu timbul.
“Masyarakat sekarang ini ada banyak masa jadi mereka akan tolong fikir mengenai hal masyarakat (orang) lain. Saya buat itu (tidak berkongsi gambar) bukan sebab tertentu atau sesiapa.
“Tetapi disebabkan diam itu lebih baik. Jadi apabila saya rujuk kepada guru (para ulamak), memang ada kebaikannya apabila berdiam. Saya yakin dan percaya anda semua suka melihat perkara yang baik.
“Tetapi, saya rasa perkara ini (rumah tangga bermasalah) tidak wujud pun, dan saya harap kalian boleh doakan yang baik-baik untuk saya. Tiada apa pun yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, hubungan Heliza dan Mahadi didakwa sedang dilanda badai apabila penyanyi itu dikatakan sudah tidak memuat naik gambar bersama suami di media sosial. Ini kerana, Heliza lebih kerap berkongsi gambar dan video melakukan pelbagai aktiviti dengan adiknya, Hazwani Helmi.
Heliza dan Mahadi mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022.
BACA: Bank Islam aplikasi perbankan internet baharu, netizen sindir ‘kalau slow tak nak install’