Usahawan dan bekas personaliti televisyen, Kiah Propa kembali bergelar isteri selepas melangsungkan perkahwinan dengan bekas suaminya, Mohd Nazri Ismail.
Mengimbas semula kisah lama mereka, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil mengakui
Bekas suaminya sudah mula melamarnya untuk kembali hidup bersama sejak lapan tahun lalu.
Namun lamaran tersebut seringkali ditolak kerana Kiah sudah terlalu selesa hidup tanpa suami di sisi
namun mereka berdua tetap menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat terutamanya demi anak.
Keadaan bagaimanapun berubah selepas bekas suaminya disahkan menghidap sakit kanser sehingga membuatkan Kiah terbuka hati untuk menerima semula lelaki itu di dalam hidupnya.
Jelas Kiah, keputusannya untuk kembali bersama sebagai suami isteri itu bukan sahaja membolehkannya menjaga Nazri tanpa batasan aurat malah dapat mengabulkan permintaan terakhir lelaki berkenaan.
“Lapan tahun duda ajak aku nikah balik, dia tak putus asa. Masa itu dia sihat. Aku tak nak malah sudah selesa hidup seorang. Tetapi jodoh aku dengan dia ini panjanglah pula.
“Kali ini dia sakit, aku terima dia. Insya-Allah, sebab aku nak jaga dia (tanpa) batasan aurat. Nah, jadi pengantin duda. Permintaan dia sebelum tutup mata katanya. Doakan kami,” kongsinya.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Kiah di akaun TikTok miliknya itu sudah meraih mencecah setengah juta tontonan dan 10,900 tanda suka daripada pengguna platform berkenaan.
Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna mengagumi niat Kiah kembali bergelar isteri untuk menjaga suami dan mendoakannya agar mendapat balasan syurga.
Ramai juga pengguna mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu berkenaan selain berharap agar perkahwinan mereka bahagia dan kekal hingga ke hujung nyawa.
BACA: Mesin ATM bakal alami nasib yang sama macam pondok telefon, ini sebabnya