Kecoh transgender bertelekung depan kaabah, ini respon Majlis Agama Islam

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang pempengaruh transgender mencetuskan kemarahan umat Islam di Indonesia

apabila berpakaian seperti wanita dengan memakai telekung semasa menunaikan ibadah umrah.

Individu yang dikenali sebagai Isa Zega atau nama sebenarnya Sahrul menerima kecaman hebat daripada masyarakat

atas tindakan yang dianggap biadab itu, lebih-lebih lagi kerana dilakukan di Tanah Suci.

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Mufti Anam, menyifatkan perbuatan Isa Zega sebagai satu penghinaan terhadap agama Islam.

Kecoh transgender bertelekung depan kaabah, ini respon Majlis Agama Islam

“Mami Online, gelaran untuk Isa Zega, adalah seorang transgender, pondan, yang asalnya seorang lelaki. Dia menunaikan ibadah umrah dengan memakai ‘hijab syar’i’, dan ini adalah bentuk penistaan agama,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram pada Selasa.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun Isa Zega telah mengubah penampilan menjadi wanita, dia tetap seorang lelaki dan wajib melaksanakan ibadah umrah seperti seorang lelaki.

“Menurut fatwa Majlis Agama Islam, seorang lelaki yang menjalani pembedahan menukar jantina secara lahiriah tetap dianggap lelaki di sisi hukum,” tambahnya.

Mufti Anam turut memaklumkan bahawa Isa Zega kini berdepan tindakan undang-undang atas perbuatannya, dengan kemungkinan hukuman penjara sehingga lima tahun.

“Saya berharap dia segera dibawa ke muka pengadilan, dan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya dengan tegas.

Difahamkan, Isa Zega baru-baru ini menunaikan ibadah umrah dan berkongsi perjalanan tersebut di media sosialnya, yang akhirnya menimbulkan keresahan dan kemarahan masyarakat.

BACA: Kucing disangka hilang rupanya ‘terpos’ 1046 kilometer dari rumahnya