Menutup aurat merupakan salah satu perintah Allah yang ditekankan dalam ajaran Islam.
Namun, masih ramai yang kurang mengambil berat tentang kewajipan ini.
Seorang penceramah motivasi, Ahmad Salihin Zamri, menerusi hantaran di Facebook, memberikan teguran kepada golongan guru wanita mengenai pemakaian mereka
Menurutnya, ada pelajar lelaki yang mengadu berfantasi secara tidak wajar tentang guru mereka akibat cara pemakaian guru tersebut.
“Cikgu wanita, tolong jaga pemakaian, biar sopan ke sekolah, terutamanya sekolah menengah
Saya pernah mendengar luahan seorang pelajar lelaki yang mengaku mengimaginasikan cikgunya sendiri ketika berada di bilik air.
Dia bertanya kepada saya mengenai hukum dan cara bertaubat semasa program kem motivasi,” tulisnya.
Ahmad Salihin menjelaskan, tegurannya bukan untuk mengaibkan tetapi demi kebaikan semua pihak. Pengalaman beliau sebagai bekas guru serta kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan yang berkecimpung dalam dunia pendidikan menguatkan asas pandangannya.
“Terima kasih kepada semua guru yang menyokong teguran ini. Apa yang saya suarakan adalah berdasarkan kebenaran, untuk kebaikan bersama. Salah tetap salah dan perlu diubah. Saya sendiri pernah berkhidmat sebagai guru sekolah rendah dan menengah,” katanya lagi.
Teguran tersebut mendapat perhatian ramai netizen, termasuk guru lelaki dan wanita, yang menyatakan sokongan mereka.
“Sebagai guru, saya setuju dengan ustaz. Memang ada pelajar yang mengadu tentang guru berpakaian tidak sopan. Teguran ini wajar,” kata seorang guru wanita.
Ada juga komen yang menyentuh tentang pemakaian guru lelaki: “Anak lelaki saya pernah mengadu tentang cikgu lelaki yang memakai baju dan seluar terlalu ketat. Menyampah dia tengok.”
Hantaran itu telah menerima hampir 500 komen, rata-rata bersetuju bahawa pemakaian guru boleh mempengaruhi persepsi pelajar. Sebagai pendidik, mereka diharap dapat menjadi contoh yang baik dalam mencorakkan peribadi remaja.
BACA: Ini pekerjaan paling ‘high demand’ di Singapura ramai yang akan cari