Ahli Muda tidak berpuas hati dengan hala tuju parti, SUA Muda tampil beri penjelasan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengakui bahawa mereka tidak mengetahui secara terperinci

Mengenai tindakan ramai ahli yang telah meletakkan jawatan dan meninggalkan parti tersebut.

Namun begitu, Setiausaha Agung Muda, Amir Hariri Abd Hadi, berkata bahawa pihak parti tidak menghalang

mana-mana ahli untuk meninggalkan parti jika mereka mempunyai prinsip dan perjuangan yang berbeza.

Menurutnya, Muda telah memberikan ruang yang cukup kepada semua ahli untuk mengemukakan pandangan atau cadangan sama ada melalui platform dalam talian atau secara bersemuka.

Ahli Muda tidak berpuas hati dengan hala tuju parti, SUA Muda tampil beri penjelasan

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, tetapi bagi saya, setiap individu bebas dan mempunyai hak demokrasi untuk memilih serta menyertai mana-mana parti. Muda menghormati keputusan mereka,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Muda telah mengadakan banyak pertemuan secara bersemuka, dan menurut maklumat yang diterimanya, ada di kalangan mereka yang meletakkan jawatan tersebut hadir dalam pertemuan tersebut, namun tidak menyuarakan sebarang cadangan.

“Jika mereka tidak mahu bersemuka, mereka boleh mengemukakan cadangan melalui dalam talian. Namun, jika mereka masih tidak bersetuju, mereka mempunyai hak untuk keluar, dan Muda tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap ahli yang memilih untuk keluar,” katanya kepada Sinar Ahad.

Sebelum ini, pemilik akaun @rombakMUDA mendakwa bahawa beberapa ahli pimpinan tertinggi Muda telah meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu. Menurut akaun tersebut, hampir 10 ahli telah meletakkan jawatan dalam masa sebulan, dengan alasan peribadi serta ketidakpuasan hati terhadap hala tuju parti dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa yang berlaku kepada Muda?

Amir Hariri menambah, Muda kini sedang menjalani proses pemulihan parti untuk mengembalikan semangat moral ahli yang telah jatuh akibat beberapa isu.

“Keadaan moral ahli agak merosot disebabkan beberapa perkara, antaranya peletakan jawatan presiden, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang merupakan individu paling berpengaruh dalam parti, bagi membersihkan namanya daripada sabitan hukuman oleh mahkamah.

“Selain itu, Muda juga berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan kekalahan teruk parti, dan ini memberi kesan terhadap moral dan semangat ahli yang berjuang dalam parti, akhirnya menyebabkan mereka mencari jalan lain.

“Dengan sebab itu, kami mencadangkan proses pemulihan ini untuk membangunkan semula parti, di mana kami masih mempunyai lebih 80,000 ahli yang terdaftar,” jelasnya.

BACA: PN akhirnya jilat ludah sendiri, Hamzah Zainudin sedia kembali bincang MoU kerajaan