‘Mesra, boleh bergurau termasuk dengan wanita, Sanusi lebih layak jadi calon PM’ – Bekas Menteri JPM

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dianggap lebih layak dan berpotensi

untuk menjadi calon Perdana Menteri daripada Pas kerana pendekatannya yang lebih “manusiawi”.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, calon dari Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,

kurang diminati kerana beberapa keputusannya yang menimbulkan kontroversi, termasuk pelaksanaan hukuman sebat di khalayak ramai.

“Tiada calon daripada Perikatan Nasional (PN) yang boleh menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

'Mesra, boleh bergurau termasuk dengan wanita, Sanusi lebih layak jadi calon PM' - Bekas Menteri JPM

Saya tak setuju calon PM dari Terengganu, sebab ada kes khalwat pun nak sebat di khalayak ramai, di masjid.

“Takkanlah Perdana Menteri Malaysia datang daripada kumpulan ini. Dunia tak boleh terima, rakyat pun tak boleh terima. Kalau Pas nak calon PM sendiri, pilihlah orang lain. Tetapi, untuk menandingi Anwar, memang sukar,” katanya dalam The Zaid Ibrahim Podcast.

Sanusi Lebih Layak dan Realistik
Tambah Zaid, meskipun Ahmad Samsuri lebih kanan dalam hierarki parti sebagai Naib Presiden, Sanusi lebih sesuai kerana pendekatannya tidak terlalu ekstrem.

“Saya suka pemimpin Pas yang nampak lebih manusia daripada malaikat. Sanusi lebih santai, dia suka karaoke, mesra berkawan, boleh bergurau, termasuk dengan wanita.

“Jika nak pilih Perdana Menteri daripada Pas, saya pilih Sanusi sebab dia faham masalah rakyat, berpijak di bumi nyata, dan gaya politiknya lebih mendekati rakyat. Saya sendiri tak kenal Sanusi secara peribadi, tetapi berdasarkan apa yang saya baca, dia mengamalkan politik rakyat,” jelasnya.

Zaid turut menegaskan, untuk Pas memenangi pilihan raya, mereka perlu bersikap lebih realistik dan tidak hanya menonjolkan imej sebagai “parti malaikat”.

“Pas perlu fokus untuk mendapatkan sokongan majoriti rakyat, bukan hanya bertindak sebagai parti ulama yang menekankan dosa dan pahala,” tambahnya.

Perdebatan Calon Perdana Menteri PN
Isu calon Perdana Menteri dari PN timbul apabila Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mencadangkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon tunggal untuk jawatan tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, menegaskan bahawa Pas lebih layak memimpin PN dan menolak cadangan supaya Muhyiddin kekal sebagai calon Perdana Menteri gabungan itu.

Hashim menyatakan bahawa Pas layak memimpin kerana mempunyai jumlah wakil rakyat terbanyak dalam PN serta jentera akar umbi yang kukuh di seluruh negara

BACA: Wanita bengang suami selalu beri alasan tak cukup duit, rupanya lain pula terbongkar lepas isteri jumpa slip gaji