Keberanian lelaki cina non muslim tunai solat jumaat curi perhatian netizen

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang lelaki berbangsa Cina bukan Islam berjaya mencuri perhatian warganet

apabila berkongsi pengalaman manis mengerjakan solat Jumaat di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, lelaki tersebut menceritakan detik-detik tenang yang dirasainya

ketika mengikuti rakan-rakan sekerja menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, lelaki itu berkongsi bagaimana dia belajar mengambil wuduk

Keberanian lelaki cina non muslim tunai solat jumaat curi perhatian netizen

serta cuba meniru gerakan solat yang dilakukan oleh rakan-rakannya.

“Ini kali pertama saya merasai pengalaman solat Jumaat bersama rakan-rakan pejabat.

@babyjonnnMy first time experiencing Friday Prayers with my friends in the office! 🤩 Was never afriad to try out new things and will never be! 10/10 experience would totally do it again😝 What else would you guys want me to try out next? Comment below! 👇 #foryou #fyp #viral #fypシ゚ #malaysiatiktok #fypmalaysia🇲🇾 #fridayprayer #solatjumaat #chinese #kl #november

♬ original sound – babyjonnn – babyjonnn

“Saya tidak pernah takut mencuba perkara baru. Pengalaman ini 10/10 dan saya pasti akan melakukannya lagi,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet, terutamanya golongan wanita, kagum dengan keberanian lelaki tersebut mencuba sesuatu yang baharu. Ada juga yang mengaku “jatuh cinta” dengan perwatakan dan keterbukaannya.

Di samping itu, ramai netizen memberikan sokongan terhadap tindakannya. Mereka turut mendoakan agar lelaki tersebut diberi hidayah dan dipermudahkan segala urusannya di masa depan.

Tindakan lelaki ini membuktikan bahawa keterbukaan untuk mencuba dan memahami budaya atau agama lain mampu mewujudkan rasa hormat dan perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat.

BACA: ‘Mesra, boleh bergurau termasuk dengan wanita, Sanusi lebih layak jadi calon PM’ – Bekas Menteri JPM