Menteri perjelas kenapa KPM tetap dengan keputusan mansuh peperiksaan UPSR dan PMR

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memansuhkan sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan

Bertujuan mengurangkan tekanan terhadap murid sekolah, seperti yang dimaklumkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pendekatan Baru Pembelajaran

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menjelaskan bahawa KPM kini mengutamakan pendekatan pembelajaran yang berasaskan pertanyaan (inquiry),

eksplorasi, pengalaman, konteks (contextual), serta pentaksiran yang menilai pembangunan holistik murid.

Menteri perjelas kenapa KPM tetap dengan keputusan mansuh peperiksaan UPSR dan PMR

Menurut beliau, pentaksiran bilik darjah akan menjadi tanda aras yang lebih baik untuk menilai murid secara menyeluruh, meliputi aspek jasmani, sukan, kurikulum, psikometrik, dan kecenderungan masing-masing.

“Kami ingin memastikan tiada lagi tumpuan berlebihan pada peperiksaan, sebaliknya menawarkan ekosistem pembelajaran yang lebih menarik dan mengurangkan tekanan kepada murid,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Kar Hing (PH-Gopeng) berhubung usaha mengurangkan tekanan akademik.

Keutamaan Pada Kesihatan Mental Murid
KPM juga menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan mental murid, termasuk melaksanakan Saringan Minda Sihat sebagai langkah pengesanan awal terhadap gangguan emosi.

Saringan ini dijalankan sekali setahun bagi semua murid dari Tahun Lima hingga Tingkatan Enam. Bagi murid yang menunjukkan gangguan emosi teruk, saringan dilakukan dua kali setahun.
Mereka yang dikenal pasti akan menerima bantuan segera melalui intervensi seperti Modul Minda Sihat, Modul Program Intervensi Minda Sihat, dan Modul Kesihatan Mental Remaja, yang memberi penekanan kepada kemahiran mengurus stres, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosi.

Kesejahteraan Guru

Selain murid, kesejahteraan guru juga diberi perhatian. Menurut Fadhlina, sebanyak 92.7% guru telah memiliki profil kesejahteraan psikologi melalui Inventori Kesejahteraan Psikologi (IKPsi).

KPM kini sedang membangunkan Indeks Kesejahteraan Guru (IKG), yang akan mengukur kesejahteraan guru berdasarkan aspek seperti:

-Ketersediaan dan penggunaan sumber,
-Autonomi dan kompetensi guru,
-Keselarasan kerja dan persekitaran,
-Kesejahteraan psikologi,
-Sistem sokongan.

Pendekatan ini diharapkan dapat memastikan guru berada dalam keadaan sejahtera untuk menyokong keberkesanan pembelajaran murid.

BACA: Mula dengan 3 hari sampai bertahun menumpang, wanita bengang kawan adik lelaki buat mak macam bibik