Peralatan dapur seperti sudu dan garfu sering menjadi kusam setelah digunakan bertahun-tahun.
Keadaan ini biasanya disebabkan oleh daki yang sukar dibersihkan, dan pastinya boleh membuatkan para suri rumah
kurang bersemangat untuk memasak apabila melihat peralatan yang kelihatan uzur.
Namun, jangan risau! Melalui satu perkongsian di laman Mumsnet, terdapat petua mudah untuk mengembalikan kilauan sudu dan garfu anda supaya tampak seperti baru.
Berikut adalah bahan dan langkah mudah yang boleh anda cuba di rumah:
Bahan-bahan:
Cuka
Serbuk penaik
Air panas
Langkah-langkah:
Susun sudu dan garfu ke dalam satu bekas yang sesuai.
Tuangkan cuka di atas peralatan tersebut dan taburkan serbuk penaik sehingga merata.
Isikan bekas dengan air panas hingga menenggelamkan kesemua peralatan. Biarkan selama 15 minit.
Selepas itu, keluarkan sudu dan garfu, dan lap dengan kain bersih hingga kering.
Hasilnya? Sudu dan garfu anda akan kembali bersinar seperti baharu!
Cubalah petua ini dan lihat perubahannya. Selamat mencuba!
BACA: ‘Suami bagi nafkah RM500 tapi duit upah pengasuh pun 500 aku bayar..’