Baru kahwin, isteri terkejut periksa telefon suami, ligat langgan servis urut

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seorang isteri dilanda kesedihan selepas mendapati suaminya, yang baru dinikahinya pada Februari lalu, terlibat dalam aktiviti tidak bermoral

. Pendedahan ini dibuat wanita tersebut di media sosial, menceritakan detik-detik sukar selepas enam bulan perkahwinan mereka.

Wanita itu mendedahkan bukti dari sejarah carian internet suaminya, yang menunjukkan

kekerapan melanggan tukang urut dengan perkhidmatan melibatkan unsur seksual.

“Saya kahwin bulan Februari, tapi bulan Ogos saya jumpa semua ini dalam telefon suami saya,” tulisnya, sambil menyertakan gambar bukti.

Baru kahwin, isteri terkejut periksa telefon suami, ligat langgan servis urut

Lebih mengejutkan, wanita itu turut menemukan perbualan suaminya yang membuktikan tingkah laku ini sudah lama berlaku, bahkan sebelum perkahwinan mereka.

“Pergi urut biasa tak salah, tapi kenapa perlu urut ‘body to body’ (B2B) dan pilih perempuan? Siap ada ‘happy ending’. Macam katalog pesan makanan pula,” luahnya, kesal.

Dalam hantaran lain, wanita ini mendedahkan mesej suaminya dengan tukang urut pada Februari tahun lalu. Dia meluahkan rasa kecewa kerana kepercayaan yang diberikan selama ini telah dikhianati.

“Selepas kali pertama kantoi, kami bergaduh teruk. Dia beri alasan entah apa-apa, tapi saya tetap percaya dan cuba baiki hubungan,” katanya.

Pasangan ini turut mendapatkan kaunseling di pejabat agama, tetapi menurut wanita tersebut, masalah sama berulang.

“Dia masih pergi ke tempat urut yang ada ‘happy ending’. Kini kami sudah dalam proses turun naik mahkamah. Saya sudah penat,” ujarnya.

Netizen Sarankan Bercerai
Pendedahan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai menyarankan agar wanita tersebut segera berpisah dengan suaminya.

“Cerai sahaja. Tidak berdosa meminta cerai dari suami yang menipu dan berzina. Dia tidak layak menjadi pemimpin keluarga,” tulis seorang pengguna.

Namun, ada juga yang menyarankan wanita ini fokus pada kebahagiaan sendiri tanpa terus menyeksa diri dalam perkahwinan yang sudah tidak sihat.

Wanita tersebut kini dilihat nekad untuk memperjuangkan haknya setelah bertahun-tahun bersabar, menyatakan, “Hidup ini hanya sekali. Saya mahu teruskan hidup dengan tenang.”

BACA: Pelantikan Azmin Ali sebagai setiausaha agung PN cetus reaksi positif berbanding Pas?