Diekstrak secara haram, Amerika Syarikat terpaksa pulangkan harta karun Brazil bernilai RM 4 bilion

Oleh ISMAIL YAHYA

Seketul bijih mengandungi zamrud seberat 400 kilogram, yang dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM4.4 bilion),

akan dipulangkan ke Brazil dari Amerika Syarikat (AS) selepas lebih dua dekad, lapor Daily Express semalam.

Keputusan mahkamah persekutuan AS pada 21 November lalu mengakhiri pertikaian undang-undang panjang

Ia melibatkan pelabur, peniaga permata, dan kerajaan kedua-dua negara.

Zamrud yang dikenali sebagai Zamrud Bahia itu ditemui di sebuah lombong di Hutan Hujan Amazon pada tahun 2001.

Diekstrak secara haram, Amerika Syarikat terpaksa pulangkan harta karun Brazil bernilai RM 4 bilion

Diekstrak Secara Haram

Menurut rekod mahkamah, kerajaan Brazil membuktikan bahawa permata itu telah diekstrak secara haram tanpa permit melombong atau eksport yang sah. Dokumen kastam palsu juga digunakan untuk menyeludup permata berharga itu keluar dari Brazil.

Dikenali Sebagai Zamrud ‘Kutukan’

Selepas diekstrak, mereka yang terlibat dengan permata itu menghadapi pelbagai kejadian malang sehingga ia digelar sebagai zamrud ‘kutukan’. Antaranya termasuk serangan harimau jaguar semasa permata itu dibawa melalui hutan keluar dari Brazil.

Tidak lama kemudian, gudang penyimpanan zamrud itu di New Orleans rosak akibat Taufan Katrina, sebelum ia dicuri dari gudang lain di Los Angeles, tempat ia dipindahkan. Permata ini akhirnya ditemui pihak berkuasa di Las Vegas, Nevada.

Pertikaian Pemilikan Selama Bertahun-Tahun

Pertikaian undang-undang berlanjutan apabila pelbagai pihak mendakwa sebagai pemilik sah zamrud itu, termasuk ahli perniagaan Amerika, Kit Morrison, yang mengetuai konsortium pelabur.

Pada tahun 2021, mahkamah Brazil mengeluarkan perintah rampasan muktamad ke atas zamrud tersebut. Seterusnya, pada 2022, Jabatan Kehakiman AS secara rasmi memohon supaya ia dipulangkan kepada Brazil.

Kini, setelah lebih 20 tahun, zamrud bernilai tinggi ini akhirnya akan kembali ke tanah air asalnya.

BACA: Rupanya ini sebab kenapa tayar pada lori ada yang terangkat, bukan saja-saja angkat