Naikkan harga bulanan takaful dan insurans sesuka hati, lain pula jadi bila BNM bersuara

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa penanggung insurans dan pengendali takaful (ITO) untuk mengkaji semula

strategi penentuan harga mereka bagi memastikan pelaksanaannya lebih adil.

Bank pusat menyatakan bahawa ini termasuk pengurusan kenaikan premium atau sumbangan secara berterusan

Dengan mengambil kira kesan terhadap pemegang polisi dan peserta takaful.

BNM juga menegaskan bahawa ITO perlu menyediakan pilihan penyelesaian yang sesuai bagi pemegang polisi

Naikkan harga bulanan takaful dan insurans sesuka hati, lain pula jadi bila BNM bersuara

atau peserta yang terkesan dengan peningkatan premium atau sumbangan, supaya mereka masih dapat menikmati perlindungan insurans atau takaful.

Selain itu, ITO diminta memastikan pilihan penyelesaian yang ditawarkan bermakna dan menyediakan langkah-langkah tambahan untuk menyokong pemegang polisi atau peserta takaful yang terjejas, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

BNM turut memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai pilihan yang ada akan diumumkan oleh industri insurans dan takaful dalam masa terdekat.

Bank pusat menjelaskan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kos penjagaan kesihatan telah meningkat dengan ketara disebabkan inflasi kos perubatan serta peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan dan prosedur perubatan.

“Oleh itu, pembaharuan yang komprehensif dan disesuaikan untuk menangani inflasi kos perubatan amat penting bagi memastikan akses berterusan kepada produk perlindungan insurans dan takaful kesihatan yang sesuai,” tambahnya.

BNM juga menekankan bahawa pihak berkepentingan yang relevan, termasuk ITO, Kementerian Kesihatan, Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pengamal perubatan, kumpulan pengguna, serta pemegang polisi dan peserta takaful, perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat ini.

“BNM kekal komited untuk memastikan orang ramai terus mempunyai akses kepada produk insurans dan takaful yang sesuai,” katanya.

Kenyataan ini adalah respons BNM terhadap isu yang dibangkitkan oleh banyak pihak baru-baru ini berhubung penetapan semula harga produk insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa premium insurans perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 40 hingga 70 peratus pada tahun hadapan

, menyebabkan beberapa pemegang polisi terpaksa mempertimbangkan untuk menamatkan polisi mereka kerana peningkatan kos premium bulanan.

BACA: Diekstrak secara haram, Amerika Syarikat terpaksa pulangkan harta karun Brazil bernilai RM 4 bilion