Kreativiti pemuda selamatkan ayah terlantar ketika banjir raih pujian netizen

Oleh NADIA HARON

Seorang pemuda dari Kampung Chapu, Hulu Terengganu, menunjukkan kreativiti dengan mengikat tiga tong dram besi

Di bawah katil boleh laras milik ayahnya yang terlantar sakit.

Usaha ini dilakukan bagi memastikan keselesaan warga emas tersebut apabila rumah mereka dilanda banjir.

Idea Dari Penduduk Kampung

Zulkifli Che Noh, 37, berkongsi bahawa idea mengikat tong dram menggunakan tali ini adalah hasil cadangan penduduk kampung.

Kreativiti pemuda selamatkan ayah terlantar ketika banjir raih pujian netizen

Ayahnya, Che Noh Che Hassan, 79, tidak lagi mampu bangun atau duduk sejak awal tahun ini akibat penyakit saraf yang dideritainya selama 20 tahun.

“Ayah sudah terlantar sejak 10 tahun lalu. Sebelum ini, jika rumah dinaiki air, kami akan angkat ayah bersama kerusi ke loteng rumah. Tapi tahun ini, saya ingin mencari cara supaya tidak perlu mengangkat ayah ke loteng lagi,” kata Zulkifli.

Katil Terapung Untuk Kemudahan Solat

Pekerja swasta itu berkata dia telah mencuba pelbagai kaedah menyusun tong dram di bawah katil untuk memastikan ia terapung dan mudah dipusing ke arah kiblat, memudahkan ayahnya menunaikan solat.

Usaha tersebut berjaya apabila katil yang diikat bersama tiga tong dram mampu terapung meskipun air banjir naik hingga paras paha pada tengahari Rabu lepas.

Tidak Perlu Lagi Pindah Ke PPS

Menurut Zulkifli, kejayaan inovasi ini membolehkan ayahnya tidak perlu diangkat ke loteng rumah atau dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), yang sering kurang selesa bagi warga emas seperti ayahnya.

“Selama ini, ayah hanya tinggal di loteng rumah kalau banjir kerana kurang selesa di PPS. Jadi, saya bersama ibu dan adik-beradik lain bergilir menjaga ayah di rumah, sementara ahli keluarga lain berpindah ke PPS,” tambahnya.

Bersedia Jika Keadaan Memburuk

Bagaimanapun, jika keadaan banjir semakin buruk dan arahan berpindah ke PPS dikeluarkan, Zulkifli dan keluarganya akan berusaha memujuk ayahnya untuk berpindah.

Zulkifli turut mengakui rumahnya yang terletak berhampiran sungai sering dinaiki air setiap musim tengkujuh. Namun, dia sudah terbiasa dengan situasi ini sejak kecil dan bersedia menghadapi bencana tersebut.

BACA: Padah tanam mindset menyewa sampai mati, wanita usia 50 tahun dihalau tuan rumah