BERSATU ingatkan PAS supaya jangan terlalu ghairah kejar jawatan PM

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

BERSATU mengingatkan rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) supaya mengutamakan perbincangan bersama

Dan mengelak sikap terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga mendedahkan kelemahan sendiri.

Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee, menegur tindakan membangkitkan isu ‘poster boy’

Perdana Menteri PN di media sosial, yang akhirnya mencetuskan polemik tidak perlu dalam media.

“PN perlu diperkukuh, jangan ada parti jadikan parti lain sebagai ‘punching bag’.

BERSATU ingatkan PAS supaya jangan terlalu ghairah kejar jawatan PM

Isu lantikan Perdana Menteri dan ‘poster boy’ tidak sepatutnya menjadi punca pergaduhan di media sosial sehingga menarik perhatian umum,”

katanya dalam ucapan penangguhan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU hari ini.

Angan-Angan Perlu Bertanggungjawab

Ronald turut menyatakan, walaupun aspirasi dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri adalah perkara biasa, ia mesti disertai dengan tanggungjawab dan komitmen.

“Kita tidak boleh sekadar bermimpi tetapi mesti memeriksa kelemahan diri. Orang lain menyembunyikan kelemahan mereka, tetapi kita pula seolah-olah menyerlahkan kelemahan sendiri,” tegasnya.

Kenyataan PAS Undang Respon

Sebelum ini, Musyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, menyatakan PAS lebih layak memimpin PN berbanding BERSATU, memandangkan parti itu memiliki 41 Ahli Parlimen serta rangkaian akar umbi yang lebih kuat.

Kenyataan itu dilihat sebagai maklum balas terhadap Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang mempertahankan status Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ PN dan meminta pihak lain ‘berhenti bermimpi’ untuk menjadi Perdana Menteri.

Struktur Parti Perlu Kukuh

Ronald turut mengingatkan bahawa BERSATU tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada gelombang rakyat untuk menang pilihan raya. Sebaliknya, parti perlu memperkukuh struktur akar umbinya.

“Jika terus bergantung kepada gelombang, kita hanya akan menjadi rumah tumpangan, bukan rumah tetap. Kekalahan di PRK DUN Nenggiri menunjukkan kita tidak boleh lagi memberikan alasan kerana itu adalah kerusi kita sendiri,” katanya.

Komitmen Akar Umbi Diperlukan

Beliau juga menegur sikap akar umbi yang dilihat kurang komited untuk meluaskan pengaruh parti di peringkat bahagian.

“Kita menang PRN Kelantan kerana gelombang, tetapi di PRK Nenggiri, gelombang itu terhenti. Pengundi yang menyokong kita semasa PRU tidak lagi memilih kita di PRK.

Untuk berjaya, kita perlukan pelaksanaan strategi yang kukuh,” tambahnya.

Pesanan ini dilihat sebagai peringatan penting kepada semua parti dalam PN untuk bersatu dan fokus pada memperkukuhkan gabungan, daripada mencetuskan isu dalaman yang merugikan.

BACA: Elak cirit birit dan jatuh sakit, ini 7 pantang larang sebelum makan dan minum ketika musim banjir