Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, mendedahkan bahawa dia menyukai lelaki yang kelakar dan romantik
Dan kedua-dua ciri tersebut merupakan perkara utama yang dicari dalam seorang pasangan hidup.
Menerusi sebuah video di TikTok, Ameera, yang mempunyai nama sebenar Nur Ameera Abdul Halim Khan, berkata
kedua-dua sifat itu penting untuknya dalam memilih pasangan hidup.
“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua.
Untuk penampilan, saya suka gaya kasual dengan kemeja-T. Rambut pula cukup yang sederhana,” katanya.
Ameera juga menambah bahawa dia mengharapkan pasangannya dapat menyokong kerjayanya dan segala perkara yang dilakukannya.
“Tentulah saya nak dia sokong kerjaya saya dan dalam apa jua yang saya lakukan,” tambahnya lagi.
Walaupun demikian, pempengaruh berusia 24 tahun itu menyatakan dia tidak begitu memikirkan soal ketinggian seorang lelaki asalkan individu tersebut memiliki keyakinan diri yang tinggi.
“Ada keyakinan diri, tak kira apa pun tinggi anda. Saya juga tak kisah kalau tak pandai masak, tapi boleh cuba kalau nak,” ujar Ameera.
Dia juga mengakui suka lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik dan penting bagi dirinya untuk lelaki itu mempunyai cita-cita dan visi untuk masa depannya.
“Lelaki itu perlu menjadi seseorang yang bercita-cita tinggi dan penting untuk saya lelaki itu ada visi untuk dirinya,” katanya.
Menariknya, di akhir video tersebut, Ameera memberi bayangan bahawa dia mungkin sudah mempunyai pasangan.
“Baiklah, itu adalah ciri-ciri lelaki idaman saya, tapi saya rasa saya sudah berpunya,” ujarnya sambil ketawa.
Komen-komen dari warga maya pula menunjukkan mereka terhibur dengan gelak tawa Ameera, malah ada yang mengatakan mereka turut tertawa setiap kali mendengarnya.
“Comel sangat ketawa, terasa nak meminang,” tulis salah seorang netizen.
Sebelum ini, Ameera juga mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, yang pernah dilanda kontroversi.
Ameera juga pernah dikaitkan dengan beberapa individu popular, termasuk Merqeen, yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengannya.
BACA: Bukti ajal maut jodoh ditangan tuhan, kereta putus 2 tetapi pemandu cedera ringan