Tindakan pendakwah selebriti Indonesia, Gus Miftah Maulana Habiburrahman, yang mengasari seorang penjual teh ais baru-baru ini
Dia telah mengundang kritikan hebat dari pelbagai pihak, termasuk netizen di peringkat antarabangsa.
Gurauan kasar yang dilontarkan oleh Gus Miftah dalam kejadian itu menambah lagi senarai kontroversi yang sering dikaitkan dengannya.
Antara isu yang pernah melibatkan Gus Miftah ialah pendekatannya berdakwah di kelab malam.
Sebagai Utusan Khas Presiden dalam Bidang Keharmonian Beragama, Gus Miftah berpendapat bahawa
Dakwah perlu dilakukan di mana-mana sahaja, termasuk di tempat yang dianggap “kotor” seperti kelab malam.
Namun, pandangannya itu mendapat kritikan hebat kerana lokasi tersebut sering dikaitkan dengan maksiat. Gus Miftah berhujah bahawa dakwah harus melibatkan semua lapisan masyarakat, termasuk mereka yang berada di kelab malam.
Pada tahun 2021, Gus Miftah sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyampaikan khutbah di Gereja Bethel Indonesia (GBI) Amanat Agung, Penjaringan, Jakarta.
Tindakannya itu dianggap melampaui batas toleransi beragama, namun beliau memilih untuk berdiam diri tanpa memohon maaf dan menegaskan bahawa ia bukanlah dakwah.
Selain itu, Gus Miftah sering dikecam kerana didakwa menghina pendakwah lain. Pada tahun 2022, beliau dikritik selepas membuat kenyataan sinis terhadap Ustaz Khalid Basalamah ketika satu acara di Yogyakarta.
Isu Larangan Pembesar Suara dan Rasuah
Tidak serik dengan kecaman, Gus Miftah kembali menjadi tumpuan apabila membantah larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran di masjid semasa Ramadan. Beliau membandingkan larangan tersebut dengan acara dangdut yang berlangsung sehingga lewat malam di Sidoarjo, Surabaya.
Nama Gus Miftah turut dikaitkan dengan dakwaan cubaan memberi rasuah kepada jemaah haji di Pamekasan menjelang Pilihan Raya 2024. Namun, beliau menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan ia hanyalah sumbangan sedekah.
Insiden Penjual Teh Ais dan Video Lama
Susulan insiden beliau mengasari penjual teh ais ketika ceramah, pelbagai video lama Gus Miftah mula tersebar, mendedahkan sisi buruknya.
Salah satu video menunjukkan Gus Miftah menunjal kepala isterinya di hadapan orang ramai sambil ketawa ketika menghadiri sebuah majlis, yang turut mendapat kecaman hebat dari netizen.
Tindakan dan kontroversi melibatkan Gus Miftah terus menjadi perbincangan hangat, dengan ramai pihak mempersoalkan keperibadiannya sebagai pendakwah.
BACA: Ini respon ahli parlimen Kepala Batas selepas kalah saman dengan 3 pemimpin DAP