Orang baik ramai orang sayang, live Khairul Aming pecah rekod dapat 100 juta like

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Ketika rakyat menghadapi kesulitan, pelbagai pihak tampil memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

Tidak hanya agensi kerajaan, malah syarikat dan individu juga turut sama menghulurkan sumbangan.

Ada yang menyumbang dari segi kewangan, ada yang menyediakan keperluan asas,

Dan tidak kurang juga yang berganding tenaga menyelamatkan haiwan peliharaan yang terperangkap.

Antara individu yang tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan adalah pempengaruh dan pengusaha terkenal, Khairul Aming.

Orang baik ramai orang sayang, live Khairul Aming pecah rekod dapat 100 juta like

Selama beberapa hari, beliau telah memberikan bantuan kepada rakyat di negeri yang teruk terjejas dengan bencana banjir tahun ini, Kelantan Darul Naim.

@mr.wallaa Detik Detik Live @Khairulaming dapat 100Juta Like..Terpaling Padu👏👏 #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #banjirkelantan #banjir2024 #misibantuanbanjir #teamBOB ♬ original sound – Mr Walla

Kehadiran Khairul Aming, atau lebih dikenali sebagai KA, mendapat perhatian ramai. Bantuan yang diberikan bukan hanya praktikal, malah ia turut memudahkan mangsa banjir, seperti pemberian makanan siap saji yang boleh terus dimakan.

Sebagaimana kebiasaannya, KA sering melakukan siaran langsung di platform TikTok setiap kali turun padang untuk menghulurkan bantuan bersama pasukan sukarelawannya.

Malam ini, satu rekod baharu dicatatkan apabila siaran langsung KA menerima 100 juta tanda suka daripada hampir 50,000 penonton di TikTok.

BACA: Tiba-tiba jatuh pengsan lepas waktu isyak, Adira dikejarkan ke hospital