Madammu dipersoal kenapa tak tolong mangsa banjir , ini jawapan padu tuan badan

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pengasas kosmetik Noir Beauty & Health, Madammu dipersoal netizen mengapa dia tidak turun membantu mangsa banjir di Pantai Timur seperti yang dilakukan Khairul Aming.

Untuk maklumat, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid adalah anak kelahiran Besut, Terengganu.

Ketika usahawan itu membuat siaran langsung di TikTok, dia ditanya mengapa tidak membantu mangsa banjir seperti dilakukan pempengaruh lain ketika ini.

Madammu lantas menjelaskan bahawa banyak perkara yang sudah dipertimbangkannya di mana sumbangan

Dan bantuan untuk mangsa banjir tidak semestinya dilakukan dengan turun ke padang.

Madammu dipersoal kenapa tak tolong mangsa banjir , ini jawapan padu tuan badan

Tambah lagi, usahawan itu adalah seorang perempuan, maka dia bimbang keterbatasannya nanti akan lebih menyusahkan pihak di sana.

“Tak tolong Khairul Aming tolong mangsa banjir di Kelantan? Madammu ini orang perempuan. Kalau saya pergi ke kawasan banjir, saya boleh buat apa?

“Agihkan makanan? Bolehlah. Buat content? Bolehlah. Tapi saya boleh bantu apa? Silap hari bulan saya yang menyusahkan orang.

“Baik duduk diam-diam, hantar sumbangan guna cara lain. Sumbangan ini tidak semestinya awak kena pergi turun. Saya ni dah lah perempuan. Silap hari bulan orang yang kena angkat saya.

“Elok duduk sini diam-diam jangan menambahkan beban orang dekat sana yang tengah lakukan penyelamatan,” katanya.

Tidak berminat untuk membuat “content” semata-mata, Madammu juga menegaskan bahawa sumbangan kepada mangsa banjir tidak semestinya perlu dihebahkan sehingga seluruh negara tahu.

“Sumbangan ni tak semestinya awak pergi sana, edar-edar buat content. Tak semestinya sumbangan macam itu.

“Perlu ke nak buat sumbangan nak kena bagitahu satu Malaysia?,” soalnya pula.

Menjengah ke sosial media Noir Beauty & Health, jenama itu sememangnya ada mengagihkan pelbagai bentuk bantuan seperti bekalan makanan dan beras untuk mangsa banjir di Kelantan.

Tetapi ia diuruskan oleh kakitangan jenama tersebut.

Baca juga:Indah khabar dari rupa, warga asing kecewa pekerja di Malaysia terlalu toksik