Sering tampil dengan watak utama satu ketika dahulu, Fendy Bakry kini dilihat kurang muncul di skrin televisyen.
Rupanya lakonan adalah kerja sampingan manakala dia memilih untuk fokus kepada kerjaya tetapnya sebagai trainer atau jurulatih program.
Meskipun begitu, Fendy masih menerimah tawaran lakonan namun lebih selektif agar boleh disesuaikan dengan jadual kerja tetapnya. lapor Kosmo! Online.
“Sebenarnya ramai yang tidak tahu sebelum menjadi pelakon, saya memang bekerja sebagai ‘trainer’.
Ketika saya sibuk berlakon akan ada ‘team’ yang menguruskan perniagaan ini.
“Tetapi sekarang berlakon adalah kerja sambilan dan trainer pekerjaan sepenuh masa. Jadi, saya akan berlakon jika pihak produksi boleh mengikut jadual saya.
“Saya masih minat berlakon cuma tidak mahu menyusahkan orang lain seperti tidak dapat beri komitmen sepenuhnya.
“Jadi, kalau watak pelakon pembantu yang masa penggambaran tidak panjang saya akan terima. Drama terakhir saya adalah Terjerat,” ujarnya seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Fendy kini menumpukan perhatian untuk membantu golongan asnaf bagi mengembangkan perniagaan mereka.
“Selain tadbir urus perniagaan, kami juga mengajar mereka bagaimana untuk mengembangkan perniagaan termasuk mendapat sijil halal serta geran-geran bantuan daripada pihak kerajaan.
“Saya rasa puas dapat bantu golongan asnaf. Kita tidak boleh pinggirkan mereka, kerana jika dengar sejarah dan cerita-cerita mereka memang meruntun hati.
“Bukan semua hanya harapkan bantuan, ramai antara mereka berusaha keras untuk mengubah nasib hidup,” tambahnya.
Baca juga: Kerajaan Malaysia beri amaran pada China, jangan jadikan Malaysia tempat elak tarif Amerika