Penternak nekat lelong 10,000 ikan patin habiskan dalam masa sehari!

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Siapa sangka, 10,000 ekor ikan patin yang dilelong dengan harga RM17 sekilogram berbanding harga pasaran RM22 hingga 25 sekilogram habis di dalam masa sehari sahaja.

Difahamkan, tindakan lelong itu diambil penternak untuk mengelak kerugian berterusan akibat banjir

Terutama Monson Timur Laut yang dijangka melanda lagi mulai 8 Disember ini.

Orang ramai juga tidak melepaskan peluang mereka bagi mendapatkan patin sangkar yang dijual di Jerantut itu

untuk keperluan harian sehingga semua 10,000 ekor ikan habis dijual dalam masa sehari.

Penternak nekat lelong 10,000 ikan patin habiskan dalam masa sehari!

Menurut penternak ikan sangkar di Kampung Lada, Jerantut itu iaitu Muhammad Alif Aiman Baharizal, 23, orang ramai sudah menunggu di atas tebing sungai sejak pukul 6.40 pagi, semalam, lapor Berita Harian.

“Pagi semalam, saya terkejut apabila saya dan ayah pergi ke sangkar ikan jam 6.40 pagi dan mendapati orang ramai sudah menunggu di atas tebing sungai.

“Kelam kabut juga kami dibuatnya apabila melihat ramai yang menunggu kerana masing-masing menyatakan untuk membeli ikan kami,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Tidak menyangka 10,000 ikan patin dari enam sangkar habis dalam masa sehari, Alif Aiman memaklumkan bahawa pembeli bukan sahaja datang dari sekitar Jerantut tetapi Jengka, Temerloh, Maran dan juga Lipis.

Penternak muda itu memberitahu bahawa wang diperolehi daripada jualan tersebut akan digunakan untuk membaiki sangkar rosak, membeli benih ikan juga makanan binatang peliharaannya itu.

“Ada pembeli ambil sampai 40 kilogram, manakala yang lain sekitar lima hingga 20kg seorang. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan saya lega kerana semua ikan habis kira-kira jam 6 petang.

“Duit jualan ini akan saya gunakan untuk baiki sangkar yang rosak, beli benih ikan dan makanan ikan untuk tahun hadapan,” ujar penternak yang pertama kali membuat jualan secara lelongan.

Jelas Alif Aiman, jualan untuk mengelakkan kerugian itu dilakukan kerana sudah dua kali Sungai Pahang dilanda banjir besar untuk tahun ini sahaja berbanding sebelum ini hanya berlaku pada penghujung Disember sahaja.

Baca juga:Kerajaan Malaysia beri amaran pada China, jangan jadikan Malaysia tempat elak tarif Amerika