Berkat usaha tidak khianati hasil, McDonald raih pendapatan hampir 6 angka sebulan!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang remaja lelaki di Britain, Caelan McDonald, berjaya menjana pendapatan

sebanyak £15,000 (RM84,444) sebulan hasil jualan pelekat peribadi, lapor akhbar The Sun semalam.

Kisah kejayaan remaja ini bermula dua tahun lalu apabila dia dihadiahkan sebuah mesin lukisan, pemotong, dan pencetak digital.

Setelah itu, dia memutuskan untuk berhenti sekolah dan mula menghasilkan pelekat yang dikongsikan di Facebook.

Dari situ, dia menerima komisen untuk setiap pelekat yang berjaya dijual.


Berkat usaha tidak khianati hasil, McDonald raih pendapatan hampir 6 angka sebulan!

Pada awal tahun ini, McDonald hanya mampu menjual sekitar 200 pelekat sebulan.

Namun, selepas berhenti sekolah dan melabur dalam sebuah pencetak industri berskala besar, perniagaannya berkembang pesat

. Sejak Julai lalu, dia telah meraih pendapatan sebanyak £74,000 (RM416,666) hasil jualan pelekat melalui TikTok dan platform media sosial lain.

“Saya tidak pernah menyangka perkara ini boleh menjadi sebesar ini.

“Jika anda memberitahu saya tahun lepas bahawa saya akan berada di tahap ini, saya pasti hanya akan ketawa,” katanya.

BACA: 2 bulan tu macam-macam dia dah buat dengan lelaki tu, dia mengaku dengan aku, dia nak hubungan kami macam dulu