Ini sebab hukuman penjara PU Azman di tambah 14 bulan lagi

Oleh GEMILANGDAILY

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman atau Azman Shah Alias, 43, dijatuhi hukuman penjara tambahan selama 14 bulan

oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor, pada Jumaat. Hukuman itu dikenakan selepas beliau

mengaku bersalah atas pertuduhan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dua tahun lalu.

Pengakuan bersalah tersebut dibuat di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid,

Dan hukuman bermula serta-merta pada hari keputusan diumumkan.

Ini sebab hukuman penjara PU Azman di tambah 14 bulan lagi

Pertuduhan dan Hukuman

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan menyentuh kemaluan remaja tersebut pada 10 Jun lalu di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek, Klang.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Peguam Azman, Fahmi Adilah, berkata anak guamnya insaf dan menyesal atas perbuatannya.

Beliau juga berjanji untuk berubah menjadi seorang warganegara yang baik.

“Tertuduh kini menjalani hukuman penjara di Kajang sejak 27 September lalu. Sebelum ini, beliau dikenali sebagai seorang penceramah motivasi dan pendakwah selebriti.

Pengakuan bersalah yang dibuat adalah atas dasar keinsafan,” katanya.

Pendakwaan Bertegas

Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi, menegaskan kesalahan yang dilakukan oleh Azman tidak wajar berlaku, lebih-lebih lagi kerana beliau adalah tokoh yang dikenali ramai.

“Pihak pendakwaan memohon hukuman yang memberikan pengajaran, bukan sekadar hukuman ringan.

Sebagai seorang pendakwah selebriti, perbuatan ini tidak boleh diterima, terutama terhadap mangsa yang masih berusia 18 tahun ketika itu,” jelasnya.

Hukuman Terdahulu

Pada 27 September lalu, Azman telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkannya menjalani kaunseling serta pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Semoga hukuman ini menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua pihak.

BACA: Lelaki runtuhkan rumah sendiri lepas bekas isteri kantoi bawa suami baru duduk sekali