Perniagaan pencuci mulut, Suka Dessert, sekali lagi menjadi perbualan hangat selepas pemiliknya melancarkan
Menu baharu iaitu aiskrim yang dijual pada harga RM18, yang dianggap mahal oleh ramai netizen.
Menerusi satu hantaran di X, seorang pengguna bernama arfdy12 berkongsi pendapatnya mengenai
sebuah video yang menunjukkan pemilik Suka Dessert, Siti Hajar Mohd Razali, sedang menyediakan aiskrim tersebut.
“Aiskrim RM18, mungkin bukan target market…” tulisnya.
Dalam video tersebut, Siti Hajar menjelaskan cara penyediaan aiskrim ‘3 Phase Ice Cream’ yang mempunyai tiga lapisan manisan.
Setelah selesai menyediakan hidangan tersebut, beliau bertanya kepada pelanggannya sama ada aiskrim itu kelihatan sedap dan turut menegaskan bahawa hidangan itu memang sedap.
@firika90 Review aiskrim @Sukadessert.hq . Sedapppp gila gila gila gila wehh!!! N suprisingly rupanya ade mcm brownies ke mcm kek coklat kt ujung2 tu sedappp nyahh. Harini dorang last day kt Lotus Kajang sempat lg nk g serbu.! #sukadessert #sukadessertselayang #aiskrimsukadessert ♬ original sound – atiqahsulaiman90
“Letak topping rangup supaya tak muak. Nampak sedap tak? Iya sedap, Insya-Allah. Allah bagi sedap,” ujar Siti Hajar.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah harga hidangan tersebut yang mencecah RM18 sebiji kon. Menurut arfdy12, dengan wang RM18 itu, dia boleh membeli lima batang aiskrim Cornetto yang sudah popular di Malaysia.
“Saya faham ini dijual mahal, tapi saya bukan pembeli yang disasarkan atau target market Suka Dessert,” katanya.
Rata-rata warga maya yang mengulas di ruangan komen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan berpendapat lebih baik membeli aiskrim jenama lain yang lebih murah dan berpatutan. Antara komen yang diterima termasuklah:
“Gelato memang murah.”
“Aiskrim RM18, memang bukan target customer.”
“Tak berbaloi pun satu senduk je RM18.”
“Kalau orang boikot, mesti turun harga.”
“Cornetto pun tak sampai RM10.
Namun, di platform lain, ada peminat Suka Dessert yang berpendapat harga aiskrim tersebut berbaloi kerana bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti.
“Yang kata mahal, tak tengok lagi Godiva.”
“Berbaloi sebab dapat aiskrim gelato.”
“Mana ada overprice.”
“Aiskrim RM18 ni berbaloi.”
Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat aiskrim Malaysia masih lebih berbaloi kerana lebih murah dan mudah disediakan.
BACA: Muhyiddin tak mampu bayar hutang Guan Eng RM1.35 juta? Bakal terlucut jawatan ahli parlimen