Menurut Enakmen Tanah Kelantan 1938, hanya anak Kelantan yang dibenarkan untuk memiliki tanah atau rumah di negeri itu.
Namun, tahukah anda siapakah yang dikategorikan sebagai anak Kelantan?
Definisi anak Kelantan terbahagi kepada lima kategori:
1. Sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya adalah Melayu.
2. Sesiapa yang lahir di Kelantan, ibunya Melayu, dan bapanya seorang Muslim.
3. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja, tetapi bapanya Melayu dan lahir di Kelantan.
4. Sesiapa yang lahir di mana-mana sahaja, ibu bapanya Melayu, dan telah menetap sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
5. Sesiapa yang lahir di Kelantan dan bapanya juga lahir di Kelantan.
Sebagai contoh, walaupun seseorang mempunyai kad pengenalan luar Kelantan (bukan kod 03), mereka masih boleh memiliki tanah rizab Melayu di Kelantan jika tergolong dalam kategori (3) atau (4).
Soalan: Bagaimana jika seseorang dan ibu bapanya tidak lahir di Kelantan? Bolehkah mereka memiliki tanah di Kelantan?
Jawapannya, ya, orang luar boleh membeli tanah di Kelantan dengan kelulusan khas daripada Exco Negeri Kelantan.
Proses Permohonan untuk Orang Luar:
Permohonan perlu dibuat di pejabat Exco Negeri yang terletak di Wisma SUK (Setiausaha Kerajaan).
Antara syarat asas untuk pertimbangan permohonan ini ialah pemohon mesti tinggal dan bekerja di Kelantan.
Tempoh proses kelulusan biasanya mengambil masa empat hingga enam bulan.
Dengan adanya proses ini, peluang untuk memiliki hartanah di Kelantan turut terbuka kepada mereka yang memenuhi syarat tertentu walaupun bukan anak jati negeri tersebut
BACA: Harga aiskrim Suka Dessert macam ‘pergi gaji balik hari’ undang reaksi netizen