Baru-baru ini, satu perkongsian di TikTok mengenai Sophia Albarakbah menarik perhatian ramai netizen dan menjadi topik hangat perbincangan.
Menjalani Rawatan dengan Pakar Kiropraktik
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun TikTok Thechirohub, Sophia
Beliau dilihat mendapatkan rawatan daripada seorang pakar kiropraktik.
Dalam video tersebut, Sophia yang mengenakan pakaian berwarna hitam dan seluar bercorak bunga kelihatan tenang sepanjang menjalani rawatan.
Masalah Tulang Belakang
Sophia menjelaskan bahawa rawatan tersebut dilakukan untuk mengatasi masalah tulang belakang yang dialaminya.
“Sebelum ini saya mengalami masalah sakit belakang. Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.
Saya tidak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila menjalani penggambaran drama yang panjang,” jelas Sophia.
Tambahnya lagi, tulang belakang bahagian lumbar yang menyimpang ke kiri menyebabkan kesukaran untuk berdiri lama tanpa rasa sakit.
Reaksi Netizen
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap video tersebut.
Ada yang teruja melihat rawatan yang dijalani Sophia, sementara yang lain memuji cara Sophia bertutur dalam bahasa Inggeris ketika berkomunikasi dengan pakar kiropraktik, yang disifatkan fasih dan enak didengar.
Video tersebut terus menjadi perbualan di media sosial, dengan ramai yang memuji kecekapan Sophia menjaga kesihatannya.
BACA: Pelajar terpaksa usung adik ke sekolah selepas ibu bapa bercerai