Kepada bakal-bakal bapa, bawa la isteri pergi buat Buku Rekod Kesihatan Ibu atau Buku Pink.
Tak kisahlah kau benci macam mana pada Klinik Kesihatan.
Tak kisahlah kalau nak bersalin dekat hospital swasta pun.
Kalau takde masa pun cuba la ambil cuti sehari dan bawa isteri buka Buku Pink.
Saya pesan ni bukan sebagai doktor perubatan, tapi sebagai suami.
Mungkin ada orang akan hentam juga “buat apa nak tambah kerja orang dekat klinik antenatal?!!!”
Tapi buku ni amat-amat berguna bila dah sesak sangat.
Dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung, kita tak tahu apa akan jadi sehingga anak dilahirkan.
Dah simpan duit dan target nak belanja isteri bersalin di hospital swasta yang paling selesa bilik suitenya.
Tapi masa tu pula kita dekat kampung yang hanya ada Klinik Desa.
Dengan Buku Pink ni, mudah untuk first liner samada doktor atau Jururawat Masyarakat untuk semak apa yang perlu dilakukan.
Ada tak penyakit yang perlu diberi perhatian seperti kencing manis, darah tinggi dan pre-eclampsia?
Scan terakhir ada nampak apa apa ‘abnormalities’ dengan janin tak?
Ada risiko tinggi untuk tumpah darah (postpartum hemmorrhage) tak?
Semua maklumat ini akan bantu petugas kesihatan rancang kaedah mana terbaik untuk selamatkan ibu dan anak. Mudah untuk doktor tahu apa nak buat dan nak rujuk ke mana.
Memang kebanyakan ibu tahu apa yang doktor dah maklumkan sepanjang follow up dengan doktor lain. Tapi tengah kelam kabut nak bersalin kadang-kadang ada maklumat penting yang lupa dimaklumkan.
Bakal-bakal bapa ni pula, biasanya tak ingat pun benda-benda macam ni.
Tambahan pula dalam Buku Pink ada pelbagai nota tambahan untuk bakal ibu dan bapa baca dan teliti. Ambil masa untuk baca (go through) sama-sama.
Hargai Buku Pink ni. Jaga betul-betul.
Simpan dalam beg kecemasan bila pergi mana-mana dengan bakal ibu.
fb “Din Ramli