Seorang wanita di Vietnam dikenakan denda sebanyak 7.5 juta dong (RM1,300)
selepas didapati mengaibkan suaminya sehingga merosakkan kehormatan dan maruah lelaki itu, lapor Tuoi Tre News.
Wanita tersebut, yang dikenali sebagai TTMH, berusia 50 tahun dan tinggal di Bandar Dong Hoi, ibu kota wilayah Quang Binh.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Dong Hoi, Hoang Thi Thanh Nhung, mengesahkan bahawa
Beliau telah menandatangani keputusan untuk mengenakan denda pentadbiran terhadap wanita tersebut kerana menghina suaminya.
Denda tersebut dikenakan mengikut dekri kerajaan mengenai peraturan pentadbiran terhadap pelanggaran yang berkaitan dengan keselamatan, kesejahteraan sosial, dan keganasan rumah tangga.
Pada masa yang sama, suami wanita tersebut juga dikenakan denda sebanyak 15 juta dong (RM2,600)
kerana menyerang dan tidak menghormati TTMH pada hari yang sama. Namun, bentuk penghinaan yang dilakukan oleh kedua-dua mereka tidak dinyatakan secara terperinci.
BACA: Tengku Zafrul akhirnya bersuara isu lompat parti dari UMNO ke PKR